Jom layan Review Filem Sumpahan Kum Kum :-
1. filem ini adalah filem seram . Walaupun pengarah cuba menyelitkan unsur komedi, hakikatnya komedi tidak menjadi. Korang perasan tak Fezrul (Adi) cuba melakukan komedi?
2. Skrip filem ini bagus tetapi bercelaru. Sepatutnya babak penceritaan tentang Mila disusun dalam satu babak ataupun dalam 2 babak. Ini tidak, mundur, maju, mundur, maju. Mungkin pengarah cuba menimbulkan persoalan di minda penonton. Namun teknik ini menyebabkan perasaan seram itu tidak sampai ke kemuncak aka klimaks. Mungkin juga teknik maju, mundur itu keterlaluan penggunaannya.
3. Masa 88 minit untuk filem ini tidak mencukupi. pengarah terdesak untuk memuatkan filem ini dalam masa 88 minit. 100 minit mungkin mencukupi. Mungkin juga ianya disebabkan oleh proses suntingan.
4. Watak hantu dalam filem ini menarik perhatian. mengakui watak hantu dalam filem ini amat menyeramkan. Cuma seram itu haruslah mampu menakutkan penonton 100 peratus, bukannya menyebabkan penonton tertekan kerana sikap sesetengah watak.
5. Kenapa bapa dan ibu Tini tidak perasan dengan sikap anak mereka. Apabila Tini memberitahu dia bermain dengan Mila di buayan, Adi tidak mengambil berat kata-kata anaknya. Apabila Tini memberitahu ibunya tentang Mila mengikut mereka balik ke KL, dan Ibu Tina memandang cermin pandang belakang dan berjaya melihat Mila di tempat duduk belakang, dia cuma menunjukkan respon terkejut tetapi seolah-seolah tidak ambil berat hal tersebut. Babak-babak yang longgar akan menyebabkan feel itu kurang.
6. Korang pernah tonton drama santau merasuk? lakonan Fezrul dan Farisya dalam drama itu lebih baik dari lakonan dalam filem ini. Itu kita dapat lihat. Mungkin lain orang, lain rasa.
7. Namun kita mengakui, pengarah berjaya menyampaikan mesej melalui filem ini. Sekurang-kurangnya, masyarakat tahu kesan buruk yang dialami jika mengamalkan ilmu hitam dan benda-benda khurafat. 3 bintang dari 5 bintang untuk Filem Sumpahan Kum Kum

No comments:
Post a Comment