CONTACTS
">
Followers
Wednesday, 1 February 2012
kerana sumpahnya dia terbunuh
yahya dan Si khalimah mempunyai seorang anak lelaki bernama samsul. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. samsul selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.
Pada suatu hari, Samsul terlihat sebuah kereta mewah dihadapan rumahnya. Samsul pergi berjumpa dengan pemilik kereta itu dan meminta untuk dijadikan pekerjanya. lelaki itu bersetuju kerana telah melihat kecekapan Samsul bekerja.
Walaupun yahya dan khalimah amat keberatan untuk melepaskan Samsul untuk pergi namun mereka terpaksa mengalah. Samsul berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.
Samsul melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh lelaki itu. lelaki itu amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Samsul pun diambil sebagai anak angkat. Apabila lelaki itu telah uzur, maka Samsul dilantik menjadi ketua baru.
Samsul cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Samsul pun berkahwin dengan puteri Sultan. Samsul membawa isterinya bercuti ke banyak tempat di merata negeri.
Pada suatu hari, samsul berhenti di kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui itu adalah samsul. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.
“ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata yahya.
“ Ya, aku rindukan Samsul. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata khalimah dengan gembira.
yahya dan khalimah pun pergilah berjumpa dengan samsul. khalimah membawa makanan kegemaran Samsul, iaitu bubur lambok.
Apabila tiba, drebar itu memberitahu pada samsul. Seketika kemudian, Samsul muncul dengan isterinya.
“ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Samsul kepada drebarnya.
“ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak drebar itu.
“ Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ?” tanya isteri Samsul.
Samsul berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat yahya dan khalimah kelihatan begitu uzur dan daif sekali.
“ Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini mendekati kanda !” herdik Samsul. Mukanya merah padam kerana malu dan marah.
“ Oh, anakku, Samsul! Aku ibumu. Ibu ada bawakan bubur lambok kegemaranmu, nak “ kata khalimah.
“ Pergi! “ tengking Samsul. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi keretanya. bubur lambok yang dibawa ibunya, dibuang ke tanah.
yahya dan Si khalimah berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berlalu pergi.
Apabila tiba di persimpangan, khalimah memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Samsul bahawa akulah ibu kandungnya.”
Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kereta yang dinaiki samsul tidak tentu arah. Ketika itulah, Samsul berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.
“ Oh, ibu! Ampunkanlah samsul. samsul mengaku, samsul anak ibu!' teriak Samsul.
Akan tetapi, Samsul sudah terlambat. tiba2 petir menyambar pokok lalu menghempak keretanya. Apabila ribut reda,orang ramai berpusu pusu ke arah kereta samsul. Samsul dan isterinya mati ditempat kejadian dengan kedua dua tangannya memohon ampun sujud pada tuhan. harap cerita ini menjadi pedoman pada anda semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment