CONTACTS

">

Followers

Sunday 4 September 2011

katil bergegar akibat main kuat sangat (siri-2)

Detum-detum kedengaran bunyi katil dari dari tingkat atas. Siapalah main sampai ke bawah boleh dengar bunyi tak tahu nak hormat jiran yang belum bangun tidur kata aku didalam hati. Cuti yang panjang sempena Tahun Baru Cina ini  memberi peluang untuk balik kampung dan berehat panjang tidak payah mohon cuti tahunan. Lagi-lagi lama didiamkan makin kuat bunyi katil di tingkat atas. Pagi-pagi buta sudah buah hal dan hilang sabar dibuatnya, aku sudah tidak tahan dengan kelakuan macam ini kalau didiamkan makin menjadi-jadi.
Aku langkah-langkah perlahan agar kehadiran aku tidak disedari. Tak kala aku membuka pintu bilik, Ya Allah apa nak jadi satu bilik bersepah dengan bantal bertabur dan cadar entah ke mana yang tinggal hanya tilam atas katil.

Babah: Ini  kerja korang 3 beradik main lompat-lompat atas katil. Cuba hormat sikit pada jiran sebelah yang tidur(dengan nada marah)
Babah: Lepas ini babah hendak korang kemas bantal-bantal dengan letak di kepala katil dan pasang cadar semula (aku memberi amaran)

Macam-macam perangai anak-anak bujang aku kalau cuti sekolah yang panjang ini aktivitinya. Ingatkan kalau cuti sekolah mereka akan bangun lewat tetapi awal pula. Hari-hari perlu di peringatkan supaya kemas katil kalau tak jangan harap akan dibuat tanpa bercakap berkali-kali.