CONTACTS

">

Followers

Wednesday, 1 February 2012

cintanya aku padamu hingga ku menemui ajalku...


arini dah 01/02/2012….lagi sehari saya dirumah…lusa saya bertolak balik kl…tapi paper ada sikit lagi tak siap tanda…dan sy menjadi sangat malas…sedih lagi puncanya…tapi dalam entri kali ni,bukan nak cerita pasal sedih pun…tapi nak cerita pasal bila aku sudah tiada…
entah bila aku dan kamu kamu kamu akan dipanggil semula menghadap Dia…kita tak tahu…dan takkan tahu…kita cuma akan dapat rasakannya je…tapi yang dapat merasakan yg dia akn pergi tu pun hanya yang terpilih…dan yang banyak amalan solehnya…masih ingat tentang kisah seorang lelaki yang menggali kubur untuk dirinya sendiri???masih ingat tentang seorang lelaki yang menempah batu nisan untuk dirinya sendiri???kisah ni aku baca dan dengar dalam ceramah ketika aku masih kecil…mereka dapat merasakan seolah-olah mereka akan pergi buat selamanya…
sudah bersediakah aku???apa yang aku lakukan dan buat sebagai bekal untuk ke sana???kadang-kadang terfikir,andai dapat ku undurkan putaran dunia,aku taknak jadi seperti sekarang…bukan taknak jadi cikgu tapi adalah perkara-perkara yang aku rasa aku nak putar balik…tapi masa yang telah jauh meninggalkan kita tidak dapat diputarkan walaupun sesaat…apa yang patut dibuat ialah hargai masa dihadapan,lakukan perubahan,demi kebaikan,dunia akhirat…
bila aku sudah tiada,banyak yang akan aku tinggalkan di dunia ini…tak perlu disenaraikan tapi apa yang aku akan fokuskan disini ialah blog dan facebook…antara dua benda yang akan aku tinggalkan di dunia ini…dua benda ni aku tekankan bukan sebab aku terlampau sayangkannya tapi dua benda ni menghubungkan aku dengan dunia…dah lama aku pk,kalau aku dah takde,apa yang akan terjadi pada blog dan facebook aku…bukan aku sayangkannya…tidak sama sekali…
tapi aku rasa biarlah aku manfaatkan dua benda tu bila sampai masanya…sekurangnya ada yang sampaikan berita ketiadaanku nanti di blog dan facebook…aku tahu aku bukanlah orang penting yang perlu dihebohkan berita ketiadaannya,tapi aku hanya mengharapkan andai suatu masa nanti aku pergi,bila orang tahu,mengharapkan sesiapa yang pernah berdendam denganku,atau aku ada salah dan silap pada sesiapa saja tanpa aku sedari,maaf yang aku pinta…halalkan segalanya…itu saja…
untuk memastikan semua tu terjadi,seseorang mesti tahu paswrd 2 benda ni…seseorang yang boleh dipercayai…seseorang yang tidak akan menceroboh privacy aku sebelum tiba masanya…seseorang yang amanah…yang jujur…seseorang yang tidak akan selongkar facebook atau blog aku kecuali hanya menyampaikan berita ketiadaanku sahaja…seseorang yang mungkin dekat denganku…dan mungkin juga jauh denganku…seseorang yang sangat sukar dicari…mungkin aku telah berjumpa dengannya tapi aku masih menunggu masa yang sesuai…masa aku menyerahkan pasword tersebut…
maafkan aku…bila aku sudah tiada,aku harapkan ampun dan maaf dari semua pihak…halalkan segalanya…bermula dari aku mengenali dunia facebook dan dunia blog…usah ditanya tentang dunia friendster,myspace,tagged,hi5,multiply atau ape2 saja sebab aku tak terlibat dalam dunia tu…hanya facebook dan blog…
Sekian…Assalamualaikum…

No comments:

Post a Comment