Rahsia Kedai Mamak
Gua baru lepas kena horlick panas sama megi goreng kat kedai mamak. Biasa memang itu menu gua pesan, sebab gua tahu kualiti horlick panas yang dorang bikin tak pernah lari, gua try banyak tempat, Khalil, Nasir, Riyas dan kedai-kedai mamak yang lain, rasa dorang memang true, bukan olok-olok punya horlick. Cuma megi goreng tu yang masuk menu kadang-kadang, mana mampu selalu habis 3ringgit kat megi saja. Tah nape malam ni nak hepi sikit.heh
Berbalik kepeda cerita asal, rahsia kedai mamak tercetus dari perbualan-perbualan lepas, rahsia kenapa kedai mamak customer melimpah sampai keluar, lagi-lagi time ada game bola, mau gaduh berebut seat kalau mari lambat. Jadi gua highlight kan beberapa pandangan kawan-kawan gua yang agak bernas tentang topik ini.
"aku ada dengar-dengar cerita, kalau kedai ramai sangat customer, dorang ada bela jin besar atas bumbung..." kata kawan sekelas gua sambil bagi example sedara dia sendiri verifiy cerita tu.
"aku ada dengar-dengar, kedai mamak ni ada orang jaga, ada pertubuhan yang bekalkan makanan, jadi dorang dapat harga murah, jadi memang tak kedekut bikin milo pekat-pekat" kata sorang lagi kawan sambil siat roti canai dengan tangan kanan
"kau cakap ngan aku, bangsa mana yang tak makan roti canai..?" sergah kawan sambil lap kuah roti canai yang tertumpah pada seluarnya
"selalu nya nak laris, pakai minyak pelaris.." sampuk seorang lagi yang sedang hirup teh dalam-dalam
Gua jadi kelu juga dengar pandangan-pandangan berbaur ghaib ni, nak percaya susah tak percaya pun susah, tapi ada juga yang gua setuju, untuk jaga hati mereka, gua anggukkan saja.
Tapi berdasarkan penelitian kasar, bagi gua rahsia kedai mamak ni terletak pada beberapa aspek, bukan hanya satu segi sahaja, pada minumannya yang pekat lagi
No comments:
Post a Comment