CONTACTS

">

Followers

Thursday, 9 February 2012

Pandangan Scha al Yahya mengenai Awal 'GAY'



Walaupun elakon Scha al Yahya dan juga Awal Ashaari telah bercinta dan sudah pun diwar-warkan merancang untuk berkahwin, namun masih ada lagi ura-ura kata-kata nakal yang mengatakan Awal Ashaari sebenarnya ‘gay’ atau dalam bahasa pasarnya golongan ‘adik-adik’. Tersenyum Scha mendengar gosip ini, Scha katanya memberitahu kepada portal Gua yang dia percaya pada Awal Ashaari 100%.


“Sebelum ini ramai orang cakap macam-macam pasal dia. Kita tak tahu sejauh mana perkara ini betul atau tidak. Saya sendiri tak mahu menilai dia. Sebagai manusia, kita belajar andai kata kita pernah buat kesilapan.

“Saya ada juga pernah bertanya kepada dia mengenai hal ini dan dia cakap dia bukan seperti itu, jadi saya percaya dia. InsyaAllah, jika ada benda tak elok, Allah akan tunjuk,”kata Scha dengan lemah lembut.


No comments:

Post a Comment