CONTACTS

">

Followers

Thursday 9 February 2012

Airmata Zizan Tumpah Kerana Juliana Evans


KUALA LUMPUR – Siapa sangka artis yang terkenal dengan lawak ‘keringnya’ , Zizan akhirnya boleh menitiskan air mata sewaktu menghantar ‘teman baik’, Juliana Evans di lapangan terbang petang semalam.
Zizan hadir menemani Juliana Evans bersama-sama dengan teman rapat dan juga ahli keluarga memberikan lambaian terakhir dan semangat buat gadis cantik ini sebelum berangkat terbang ke Amerika Syarikat (USA) untuk menyambung pengajian selama dua tahun di sana.
Saksi yang juga berada di lokasi turut mengkhabarkan Zizan kelihatan sebak dan sedih untuk melepaskan pemergian Juliana.
Tak sangka, Zizan yang dikenali dengan sikap ‘gila-gila’, rupa-rupanya ‘dalam hati ada taman’.
Bagi pelakon jelita ini pula, Juliana, dia mengaku amat sedih dan menangis apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga dan orang yang tersayang di Malaysia.
Keputusan untuk menyambung pelajaran di University of Michingan, USA di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi di ambil selepas memikirkan untuk memperbaiki kehidupan di masa akan datang.
“Kerjaya lakonan tidak mungkin boleh kekal lama. Justeru itu saya perlu belajar mendalami ilmu seni dari segi pengurusan produksi pula.
“Saya ingin belajar cara pengurusan di belakang tabir. Insya-Allah, kelas saya akan bermula pada minggu depan,” kata Juliana.
Sebelum ini, heboh gosip mengatakan pasangan artis ini sedang hangat dilamun cinta.
Namun, Zizan dan Juliana menyangkal dakwaan tersebut dan hanya mengaku berkawan rapat dan senang diketahui umum sebagai sahabat baik.
“Kami mula rapat waktu berlakon bersama dalam filem Hantu Bonceng. Memang senang ngam dengan Jue sebab dia chill dan tak hipokrit. Siapa tak cair tengok Jue, dia seorang yang sangat cantik dan terbuka berbincang apa sahaja.
“Buat masa sekarang kami masih kekal sebagai kawan dan saya belum bersedia untuk ada teman buat masa ini,” kata Zizan.
Manakala Juliana pula tidak segan mengaku yang Zizan adalah ciri-ciri lelaki yang di idamkan.
“Saya tak nafikan dia menepati kriteria lelaki idaman tetapi buat masa ini, saya belum bersedia untuk bercinta semula,” kata Juliana.
Juliana dilihat semakin akrab dan mesra dengan Zizan selepas hubungannya dengan penyanyi utama kumpulan Bunckface, Sam berakhir tahun lalu.
Nampaknya, industri seni negara kita akan sunyi seketika tanpa kehadiran Juliana Evans di dalam kaca TV mahupun ruangan iklan memandangkan dia sudah pun jauh berada di negara orang demi menggenggam segulung ijazah.
Buat Zizan, pasti peminat-peminat setianya sentiasa menyokong dan mendoakan dia agar terus tabah meneruskan hidup tanpa ‘teman tapi mesra’ di sisi setiap hari.
Apa-apa pun, penulis juga ingin mendoakan agar ‘pasangan’ ini sentiasa cemerlang dan bahagia dalam menetukan kerjaya hidup mereka.

No comments:

Post a Comment