CONTACTS

">

Followers

Thursday, 9 February 2012

Ramly Burger kena fitnah...dituduh ada DNA babi



Blog ni citer pasal kontroversi kan? Jadi aku pun nak kupas sikit sebanyak tentang isu semasa. Tak semestinya hanya hiburan semata-mata . Nanti aku pulak jelak asik citer pasal artis je. Tadi aku baru dengar tentang isu yang Ramly Burger kena fitnah dimana ada malaun mana yang mengatakan bahawa burger keluaran Ramly tu ada DNA Babi. Sebelum tu syarikat ni dikatakan milik bangsa asing. 
Aku rasa fitnah ni memang berat sebab melibatkan kredibiliti syarikat pengeluar bumiputera ni. Aku rasa ni berpunca dari penyebaran dari internet dan tanpa usul periksa . 
Memang aku ada nampak satu surat dari Jabatan Kesihatan Kedah kat satu blog . Tapi kesahihannya masih tak dapat dipastikan. 

Lagi satu kalau nak kepastian sahih kenapa tak telefon je Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah tentang dakwaan tersebut? Aku nak dengar juga samada betul atau tidak surat yang ditandatangani oleh Hj Mohd Khairuddin Mohd Talib tu.. Kalau surat tu tidak benar dan dimanipulasi oleh orang lain beliau juga boleh menyaman sesiapa yang mengedarkannya dan kalau betul beliau kenalah berani buat kenyataan. Jangan buat orang tertanya-tanya ...

Korang nak tengok surat tu? Korang cari le sendiri kat blog-blog lain. Aku tak mau sebar, kang kena saman.. Mati woo..

1 comment: