CONTACTS

">

Followers

Sunday, 5 February 2012

mengapa masih ada derita setelah lama ku korbankan segalanya





Perit sekali apabila diri dicurangi.. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan
raga.. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi.. Hanya insan yang
pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya..
Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta
melakukan pekara yang dilarang agama..

Dan kita harus mengerti, setiap perkara yang terjadi mempunyai hikmah yang
tersendiri.. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati.. Sinar
cahaya akan tiba tanpa kita sedar. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi
dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri..

Hidup kita akan sentiasa mendendami dan masih bersisa kesakitan yang terjadi
akibat kecurangan tika cinta dikhianati.. Dan kita pasti amat susah memaafkan dan
menerima kembali pasangan kita itu seolah menjadi ketakutan yang dahsyat pabila
teringatkan kelakuan yang menyakitkan hati.. Pasti susah untuk kita memaafkan
dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan
tersebut..

Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang
mulia.. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi
tidak memberi kemaafan.. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita
hambanya.. Untuk memberi hukuman, jauh sekali kita serahkan pada Allah yang
Maha Adil.

Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk
melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi
peluang menjadikan perkara tersebut sebagai iktibar serta berdoa.. Ingatlah kita
ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap..
Allah tidak akan mengecewakan kita.

Hakikatnya, Allah jadikan kita kuat untuk menghadapi ujian dan dugaanNya kerana
pengalaman pahit dan manis itulah menjadi ukuran..

Kita pernah merasa merana dan derita akan satu kenangan yang tak mungkin kita
lupa dengan sekelip mata.. Kita terluka dan terpahat di dalam jiwa kita parut yang
dalam.. Kita dicurangi dengan kiasan yang tidak mampu kita hadapi.. Kita di
tinggalkan dalam sunyi dan sepi menjadi jarak menemani perjalanan keseorangan..
Kita memandang jauh dalam dalam, dan terdetik di kalbu mengapa ini semua
berlaku pada kita.. Sedang kita masih tersungkur jauh dalam lemah mengatur
langkah yang panjang untuk pergi, tapi kita tidak mampu untuk bangun..

Pada cinta yang pernah bersemi masih kita mengingati saban waktu tidak mengira
masa.. Pada hati yang masíh merindui kenangan itu tetap segar dan mekar walau
diasak pergi

Mengapa masih ada rasa sayang dan cinta lagi pada insan yang sudah tidak
menjadi milik kita? Sedangkan kita tahu, di antara kita dan dia sudah tersurat tiada
jodoh..

Dan bila kita sudah masih lagi menagih simpati pada sudut curang yang telah
menghancurkan cinta yang pernah ada, kita pasti akan tertinggal jauh.. Jauh dalam
dendam dunia yang tak sudah sudah.. Seharusnya kita, bersyukur pada Allah
kerana menunjukkan perihal sebenar siapa dia.. Dan memberi pengajaran serta
pengalaman yang amat bermakna sebagai penunjuk jalan ke depan..

Langkah saja kaki kita tanpa rasa kecewa dan harapan yang sudah tidak pasti..
Biarlah sejarah itu tetap menjadi sejarah untuk di kenang kenang dan bukan untuk
di ulang ulang..

Memang kita masih menyimpan rasa cinta itu lagi, dan masih lagi mengharapkan si
dia berubah suatu masa.. Tapi bagiku, kecurangan dalam mengkhianati cinta cukup
sahaja untuk sekali.. Kerana diri kita amat bermakna untuk menjaga hati kita
sendiri..

Memaafkan dengan kata kata berlapikkan keikhlasan dan sudut hati.. Melepaskan
dan melupakan yang terjadi susah untuk berlaku namun sekurang kurangnya kita
manusia yang masih ada harga diri..

Akan ku kenang kenangan kita dulu.. Kerana kita pernah sama rasa erti bahagia.
Jangan sampai rasa benci itu memakan hati. Kerana kamu dan aku tak mungkin
lagi bersatu.. Dan cinta akan kamu, membuatkan aku semakin tabah.. Mengenal erti
kesetiaan yang dulu sering dipersoalkan.

No comments:

Post a Comment