CONTACTS

">

Followers

Wednesday, 8 February 2012

Lulus BI Hanya dengan Daun Sirih keramat


Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.
‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus ‘cukup makan.’
Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.
“Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.
“Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan,” kata Azman ketika ditemui.

1 comment:

  1. JOM MENONTON ,TV PAS ,TV SELANGOR TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv ,emastv,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis ,Astro Box Office Movie ,hbo movie,star plus,national geografi, discovery channel ,AXN BEYOND HD,Bloomberg Tv,Cinamax,dan banyak lagi  DI http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html  menonton secra percuma tak perlu daftar dan x perlu bayar
    TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI jom terjahhhhhhhhhhhhh ,maklumat penting,ada ketikanya sesetengah saluran tidak beroperasi kerana masaalah server down atau pun offline,Terdapat juga pelbagai saiaran radio dan tv dari pelbagai negara di sini live hanya untuk anda ,

    ReplyDelete