CONTACTS
">
Followers
Friday, 10 February 2012
antara 2 pilihan isteri atau awek seksi....
aku ada story sikit hendak berkongsi dengan siapa yang mahu mendengar keluahan hati ini,,nama aku joe(bukan nama sebenar)..umur aku 26 tahun.aku sudah beristeri dan menpunyai seorang anak.dulu hidupku sungguh bahagia,,tapi sekarang semuanya sudah berubah...
isteri yang aku cintai telah terlibat dalam satu kemalangan 2 tahun lepas,ketika mendapat berita yang isteriku kemalangan aku berada ditempat kerja.aku terus berkejar ke hospital.sewaktu sampai isteriku tengah berada di wad ICU.dipendekkan cerita isteriku telah lumpuh buat selamanya..tuhan jeh tahu betapa runtuhnya hati ini bila mendengar berita itu.dan kini segala kerja yang patut dibuat seorang yang bergelar isteri telah dipikul olehku.aku x kisahlah janji isteriku ada disampingku.tapi apakah bermakna hidup ini bila orang yang ingin dimanja telah tidak seperti dulu lagi.
ringkasnya pula aku telah dipertemukan dengan seorang awek ni yang telah dipertemukan oleh kawanku,,mula2 memang kami hanya berkawan biasa jeh tapi lama kelamaan aku telah tertarik dengannya dan telah jatuh hati..sampai satu masa aku mengajaknya kahwin..adakah bersalah diri ini tapi aku nak juga dibelai oleh seorang isteri bukan dibelai oleh patung yang kurang upaya itu...
tapi hatiku berbelah bahagi bila awekku memilih antara satu,,ceraikan isteriku dan berkahwin dengannya atau lepaskan dia pergi..
dan akhirnya aku telah mengambil keputusan untuk menceraikan isteriku dengan kerelaannya,,tp satu jeh hasrat isteriku pinta,,anak biarlah dia yang jaga..aku setuju..
dan perkahwinanku dengan awekku telah selesai dan kini ku telah ada isteri yang mampu menjagaku dan membelaiku..walaupun kadang2 aku terfikir keputusan yang aku buat itu tidak adil bagi bekas isteriku,,tapi apakan dayaku,,aku hanya insan biasa tidak mampu melawan semuanya..
p/s :kepada sesiapa diluar sana yang membaca rintihan ini janganlah mengikuti langkahku,,kini ku merana ditinggalkan isteri baruku atau sebab2 tertentu...salam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment