CONTACTS

">

Followers

Friday 30 December 2011

Kingdom Tower di Arab Saudi Bakal Bangunan Tertinggi Dunia


Ketika ini menara tertinggi adalah Burj Khalifa di Dubai dengan ketinggian 828 meter. Bangunan ini direka oleh Adrian Smith dan Gordon Gill.
Adrian Smith dan Gordon Gill sekali lagi diberi kepercayaan untuk membina sebuah menara tertinggi di dunia dengan ketinggian melebihi 1000 meter. Menara yang diberi nama Kingdom Tower ini bakal dibangunkan di Jeddah iaitu bandar kedua terbesar di Arab Saudi.
Anggaran kos untuk membina Kingdom Tower dianggarkan $1.2 billion dan anggaran masa untuk menyiapkannya adalah 63 bulan. Kingdom Tower ini adalah antara bangunan yang bakal menjadi mercu tanda kepada Arab Saudi dalam perancangan mereka untuk membina sebuah bandar “Kingdom City” di Jeddah.
Bajet keseluruhan untuk membina Kingdom City pula dianggarkan $20 bilion



 

Saturday 24 December 2011

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2012


Jadual pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2012 telah dikeluarkan oleh pihak Akauntan Negara Malaysia.
Anda boleh baca surat pekeliling dari Akauntan Negara Malaysia di pautan ini.
Jadi anda sudah boleh buat rancangan kewangan keluarga masing-masing untuk melancong,membeli belah dan apa-apa yang patut.
Kebanyakkan tarikh gaji akan dikeluarkan sebelum datangnya hari-hari penting seperti hari-hari perayaan agama/kaum masing-masing.



Disini saya senaraikan semula dalam bentuk jadual seperti dibawah.
BULAN
TARIKH
HARI
CATATAN
JANUARI
16.01.2012
ISNIN
Tahun Baru Cina 23,24
FEBRUARI
23.02.2012
KHAMIS

MAC
22.03.2012
KHAMIS

APRIL
25.04.2012
RABU

MEI
23.05.2012
RABU
Pesta Menuai 30,31
JUN
25.06.2012
ISNIN
Hari Gawai 1,2
JULAI
25.07.2012
RABU

OGOS
13.08.2012
ISNIN
Hari Raya Puasa 19,20
SEPTEMBER
25.09.2012
SELASA

OKTOBER
22.10.2012
ISNIN
Hari Raya Haji 26
NOVEMBER
06.11.2012
SELASA
Deepavali 13
DISEMBER
18.12.2012
SELASA
Hari Krismas 25


Thursday 22 December 2011

Duit Kertas Baru 2012 – Not Rm20 Kembali...memang comel


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan reka bentuk wang kertas baru termasuk not RM20 baru yang akan mula diedarkan tahun depan.
Wang kertas RM20 kembali diperkenalkan dalam siri matawang baru Malaysia.
Wang berwarna kuning keemasan itu memaparkan dua spesis penyu yang hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan belimbing.
Semua wang kertas baru akan diedarkan pertengahan tahun depan.







Wednesday 21 December 2011

Saya Akan Kekal Muslim Sehingga Meninggal Dunia – Ariff Alfian Rosli


Ramai yang terkejut dengan penyebaran gambar perkahwinan sejenis Ariff Alfian Rosli baru-baru ini. Dan ramai yang tertanya-tanya status agama yang dianuti oleh Ariff selepas perkahwinan tersebut. Dan rasanya ramai yag boleh menarik nafas lega apabila Ariff yang dihubungi oleh IrishTimes menyatakan yang agamanya tetap Islam daripada dulu sehinggalah dia meninggal dunia kelak.

Kata Ariff:-
Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya
Ariff juga menjelaskan yang dia tidak menghubungi ayahnya kerana berlaku sedikit salah faham dan dia tidaklah hilang selama ini.
Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain. Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,
Namun agak misteri kerana Ariff tidak mahu langsung memberikan maklum balas tentang kesahihan gambar perkahwinan sejenisnya yang tersebar luas. Adakah benar-benar perkahwinan tersebut telah berlaku atau ia sekadar satu gimik oleh Ariff untuk menarik perhatian orang ramai? Kalau benar-benar berlaku, Ariff perlu sedar yang agama Islam tidak membenarkan perkahwinan sejenis. Sama-sama kita doakan agar Ariff sedar akan perkara ini.

Tuesday 20 December 2011

5 Ayat Jiwang Korea Yang Mampu Mencairkan Hati Para Chikaro


Jangan cuba tipu saya dengan menyatakan yang anda tak pernah tengok drama Korea. Saya tahu yang anda adalah salah seorang daripada berjuta-juta manusia yang membeli 10 kotak tisu Giant untuk buat stok masa layan drama Winter Sonata. Saya faham jiwa anda memang sentimental. Asal keluar part sedih je air mata akan meleleh. Asal heroin kena marah dengan hero je mata anda akan bengkak menangis.
Dan sebenarnya drama-drama, lagu-lagu dan filem-filem cinta Korea memang romantik. Ayat-ayat cinta mereka sememangnya mampu membuatkan hati anda berbunga seperti Taman Astakona. Silap-silap haribulan kalau anda menggunakan ayat jiwang Korea kepada awek anda semasa bercanda dalam telefon, esok pagi terus dia masuk meminang anda. Memang power ayat jiwang Korea nie.
Jadi disebabkan saya pernah belajar di Korea, izinkan saya berkongsi 5 ayat jiwang Korea yang mampu membuatkan hati para Chikaro cair seperti iceberg di Kutub Utara. Siap ada dengan situasi dia sekali:-
Situasi 1
Tangan anda memegang si chikaro dengan rapat. Pandang matanya dalam-dalam. Bawa tangannya ke dada anda yang berbulu sambil meluahkan ayat ini. Pastikan ayat ini dilafazkan dalam satu nafas untuk keberkesanan 100%:-
Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak.
Situasi 2
Usapkan tangan anda ke wajah si chikaro. Belai rambutnya, pegang telinga si chikaro, jentik manja hidungnya dan buat tanda senyap di mulutnya sambil meluahkan ayat di bawah dengan penuh jiwa:-
Saya tidak percaya cinta tanpa sebab. Saya boleh berikan 100 sebab kenapa saya cintakan awak. Bau awak, warna kulit awak, rambut awak, senyum awak..

Situasi 3
Semasa si chikaro ingin clash dengan anda dan sudah bersiap sedia untuk pergi meninggalkan anda selamanya. Pegang erat jari lembut si dia, tarik dia ke dada anda, dongakkan mukannya, pandang matanya dalam-dalam dan ungkapkan ayat ini. Pasti dia tak akan jadi nak clash dengan anda.
Jangan pergi dari saya. Sampai akhir masa saya akan cuba memenangi hati awak, sehingga akhir hayat saya. Ketika itu jika kamu ingin pergi dari saya, pergilah.
Situasi 4
Jika anda seorang lelaki yang ego dan mahu mengconfess cinta kepada si dia, boleh gunakan ayat di bawah ini. Untuk kesan yang lebih umpphh, bawak sekuntum bunga ros merah supaya dia terus dengan rela menjadi awek anda.
Saya telah menipu. Menipu mengatakan saya benci awak ada di sisi saya


Situasi 5
Si chikaro yang anda idam-idamkan selama ini telah menjadi awek kepada seorang jantan lain. Disebabkan jantan tue tak hensem seperti anda, anda bertekad untuk mengorat dia. Gunakan ayat di bawah. Untuk efek yang lebih mendalam, pastikan anda mengopek bawang untuk mengeluarkan titisan air mata jantan anda semasa meluahkan ayat ini.
Saya tahu dalam hati awak tidak ada saya, tetapi kenapa hati saya terlalu sakit?
Saya tidak terlibat dan tidak akan bertanggungjawap sekiranya anda atau si chikaro anda muntah tidak henti-henti selama 7 hari selepas anda mengapplikasikan salah satu ayat cinta Korea di atas. Hahaha.




Monday 19 December 2011

Jimmy Dakwa Bekas Isteri Kaki Judi dan Ketagih Rokok

Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah membabitkan pengacara Jimmy Shanley yang menuntut supaya isterinya kembali taat mendedahkan yang wanita itu didakwa masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.

Apabila disoal peguam Syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor Aizan Md Idrus, Jimmy mendakwa, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet ketika berada di rumah keluarga bekas isterinya itu di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka.
Menurut Jimmy lagi Nursuhaila juga gemar melayan laman sosial Facebook (FB) dan khidmat pesanan ringkas BlackBerry (BBM) hingga wanita itu tidak mengendahkan permintaannya untuk bersama pada hari itu. 
“Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin
“Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Nursuhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada talian Internet tanpa wayar,”
“Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia menjawab lebih penting layan kawan daripada suami,”

Suami Pukul Kenalan Isteri Hingga Mati – Syak Ada Hubungan Terlarang

KEDAH – 2 beranak ditahan polis apabila memukul seorang lelaki dan menyebabkan kematian kepada mangsa disebabkan mengikut nafsu marah dan cemburu membuak-buak kerana mengesyaki isteri mempunyai hubungan istimewa dengan orang lain.

Tragedi malang yang berlaku pada pukul 11 pagi itu di satu kawasan semak samun di Kampung Macang Kudong, Pokok Sena di sini kelmarin menyebabkan Hamdan Saad, 54, yang cedera teruk di kepala dan beberapa bahagian badan lain meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.
Hamdan didakwa mempunyai hubungan baik dengan seorang wanita yang berusia 40-an yang dipercayai isteri kepada suspek berusia 50 tahun dan juga ibu kepada pemuda berusia 22 tahun yang terlibat dalam kejadian itu.
Selepas dibelasah, Hamdan yang tidak bekerja dikejarkan ke HSB pukul 1 petang kelmarin namun meninggal dunia selepas 12 jam dirawat di HSB.

Suami Pukul Kenalan Isteri Hingga Mati – Syak Ada Hubungan Terlarang

Suami Pukul Kenalan Isteri Hingga Mati – Syak Ada Hubungan Terlarang KEDAH – 2 beranak ditahan polis apabila memukul seorang lelaki dan menyebabkan kematian kepada mangsa disebabkan mengikut nafsu marah dan cemburu membuak-buak kerana mengesyaki isteri mempunyai hubungan istimewa dengan orang lain.
Tragedi malang yang berlaku pada pukul 11 pagi itu di satu kawasan semak samun di Kampung Macang Kudong, Pokok Sena di sini kelmarin menyebabkan Hamdan Saad, 54, yang cedera teruk di kepala dan beberapa bahagian badan lain meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.
Hamdan didakwa mempunyai hubungan baik dengan seorang wanita yang berusia 40-an yang dipercayai isteri kepada suspek berusia 50 tahun dan juga ibu kepada pemuda berusia 22 tahun yang terlibat dalam kejadian itu.
Selepas dibelasah, Hamdan yang tidak bekerja dikejarkan ke HSB pukul 1 petang kelmarin namun meninggal dunia selepas 12 jam dirawat di HSB.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, mangsa yang dalam keadaan tenat ditemui oleh anaknya di dalam parit di ladang kelapa sawit iaitu kira-kira 15 meter dari tempat mangsa dipukul.
Menurut beliau, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam parit ketika cuba keluar dari kawasan itu selepas cedera dibelasah.
“Selepas dipukul, mangsa sempat bercakap dan meminta bantuan daripada salah seorang anaknya menerusi panggilan telefon,” kata beliau ketika ditemui di bilik mayat HSB di sini semalam.
Baharom memberitahu, mangsa kemudian dibawa pulang ke rumahnya di Pekan Langgar di sini sebelum dihantar ke HSB.
“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia pada awal pagi ini (semalam) akibat masalah jantung yang mempunyai kaitan dengan dipukul dan mempunyai tekanan emosi,” ujar beliau.
Sumber : KOSMO
KOMEN : Kalau cemburu seperti kes diatas nampaknya seperti cemburu yang “berasas”. Namun, hanya mereka yang mengetahui kes sebenar. Bagaimanapun, membunuh atas dasar cemburu tetap salah.
Mungkin niat tertuduh tidak sampai untuk membunuh tetapi disebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk akhirnya meninggal maka jadi juga kes bunuh.

Kereta Mewah BMW 325i Fasha Sandha Kena Curi

Gambar Model Kereta Mewah Fasha Sandha – BMW 325i Series

Fasha Sandha,27 mengalami kerugian kira-kira RM300,000 apabila kereta mewah BMW 325i series dilaporkan hilang. Fasha Sandha mengesahkan tentang kehilangan kereta mewahnya tersebut kepada media.

Kejadian itu dikatakan berlaku di tempat letak kereta berdekatan salun miliknya di Wangsa Walk pada hari Jumaat.
“Saya akui kereta milik saya hilang dan satu laporan polis telah pun dibuat.
“Saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengenai perkara itu,”



Saturday 17 December 2011

Pelajar Malaysia Tajaan PETRONAS Kahwin Kaum Sejenis (Gay) di Dublin [Gambar]

Gempar satu Malaysia apabila sebelum ini pelajar tajaan Petronas yang sebelum ini dikatakan hilang tiba-tiba muncul dengan gambar di majlis perkahwinan. Berkahwin itu tidak salah tetapi adalah sangat salah apabila berkahwin dengan kaum sejenis.

Ariff Alfian Rosli kini sah menjadi pasangan suami-suami apabila berkahwin dengan Jonathan di Dublin, Ireland.
Gambar perkahwinan Ariff Alfian Rosli mula tersebar malam tadi laman sosial twitter dan menjadi topik hangat di forum dan blog tempatan.

Gambar Perkahwinan Gay Ariff Alfian



Tiada tempat untuk pengiktirafan GAY di Malaysia. Lupakan niat anda jika ingin memperjuangkan untuk pengiktirafan perkahwinan sejenis di Malaysia.
IPOH: “Kalau ada yang mendakwa bilangan golongan homoseksual Melayu terlalu kecil, mereka mungkin tersilap perkiraan,” kata bekas pengamal homoseksual yang hanya mahu dikenali sebagai, Dani, 25.
Menurutnya, bilangan gay Melayu semakin membiak apatah lagi dengan adanya teknologi Internet dan jaringan sosial seperti facebook, twitter dan blog.
Saya yakin mereka (gay Melayu) mencapai puluhan ribu orang atau mungkin menghampiri 30,000 orang. Itu bukan pelik atau mengarut.
“Saya terbabit dengan gejala ini sejak berusia belasan tahun dan ramai yang menjadi ‘pengikut’ amalan songsang ini terutama di kalangan remaja lepasan sekolah,” katanya yang berjaya dipujuk mendedahkan kegiatan itu hasil bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Sumber : Hmetro , Gay Melayu Hampir 30,000, 16 Disember 2011

Monday 5 December 2011

artis hina nabi......

Saturday 3 December 2011

Saga FLX SE – Harga Rasmi RM 49449

Saga FLX SE hari ini menerusi BERNAMA telah mengeluarkan harga rasmi untuk model variasi SAGA, (Saga FLX SE 1.6L).  Dengan harga RM 49,449 seperti yang dikatakan sebelum ini bawah RM 50,000 Saga Flx SE digerakan oleh enjin  Campro Intake Air-Fuel Module (IAFM) dalam memberikan prestasi yang lebih kepada pengguna.
RM 49,899.00 / Metalic
RM 49,449.00 / Solid

Kelebihan SAGA FLX SE 1.6L

Dengan transmisi automatik boleh laras berterusan (CVT) pula mampu memberikan penjimatan dari segi bahan bakar. Menurut laporan BERNAMA, dengan kombinasi enjin 1.6 L IAFM dan CVT bakal memberikan pengurangan pengunaan bahan bakar dengan tambahan 4% dari model Saga FL automatik 1.6 L.
Harganya juga lebih (ini bukan kelebihan) RM 2900 berbanding Saga FL automatik 1.6L. Namun Saga FLX SE membuat perubahan 8 pada hiasan luaran dan 3 pada hiasan dalaman.
Warna Saga FLX SE pula hanya didatangkan dengan warna MERAH dan Putih serta jaminan 3 tahun atau 100,000km (bukan kedua-duanya sekali)

Lagi Info Mengenai SAGA FLX SE

Berita baik kepada pengguna yang telah membuat tempahan model SAGA sebelum ini boleh menukar tempahan mereka dengan SAGA FLX SE (Jika tempahan belum sampai) jika berminat dengan model baru keluaran Proton ini. Untuk maklumat lanjut mengenai ini, pengguna perlulah merujuk kepada pengedar Proton dimana tempat tempahan dibuat.

Friday 2 December 2011

Pembongkaran Penipuan Internet – Jangan Anda Jadi Mangsa

ADAKAH ANDA PERNAH MENJADI MANGSA PENIPUAN INTERNET? Jika YA! Jangan Pisang Berbuah Dua Kali… Jika belum.. mari kita sama-sama elakkan…
Salam sejahtera… dengan peredaran zaman teknologi IT yang semakin rancak kini, ramai yang tidak sedar terdapat banyak individu-individu yang cuba untuk mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan cara yang salah iaitu MENIPU.. Penipuan yang dilakukan amatlah licik sehingga kita tidak sedar bahawa sebenarnya kita telah pun TERTIPU
Atas perkara tersebut.. seorang insan yang bernama Amirul Ikmal iaitu admin laman webAmirulIkmal Dot Com telah berusaha untuk membongkarkan PENIPUAN INTERNET ini dengan menerbitkan Ebook PERCUMA beliau iaitu Pembongkaran Besar-Besaran PENIPUAN INTERNET..
Siapa Amirul Ikmal nie..??
Beliau adalah salah seorang yang amat meminati Perniagaan Internet dan Internet Marketing.. beliau pada mulanya hanya seorang silent reader forum-forum internet yang terkenal untuk mengumpul ilmu di dada dan akhirnya pada tahun ini 2010, beliau akhirnya cuba bergiat aktif dalam Perniagaan Internet..

Apa Kandungan Ebook Beliau nie..??
Di Sebalik Nama Amirul Ikmal
Pengenalan Ebook
Konsep Sebenar Perniagaan Internet
Pengenalan Jenis-jenis Penipuan Internet
Kategori 1 : Penipuan Emel
Kategori 2 : Penipuan SMS
Kategori 3 : Penipuan Di Laman Web Sosial
Kategori 4 : Penipuan Di Youtube.com
Kategori 5 : Penipuan Pengiklanan Online
Kategori 6 : Penipuan Di Mudah.my
Kategori 7 : Penipuan Pelaburan Internet
Kategori 8 : Penipuan Di Laman-laman Web
Kategori 9 : Penipuan Di Forum-forum Internet
Kategori 10 : Penipuan MLM Internet
Kategori 11 : Penipuan Surat/Emel Berantai
Kategori 12 : Penipuan Program Amal Kebajikan Di Internet
Penutup

Apa Kata Imabiz Tentang Ebook Ini..??


MEMANG INI YANG IMABIZ TUNGGU
… imabiz lihat ramai yang keliru dengan Perniagaan Internet dan Pelaburan Internet.. dan penipuan yang berleluasa sekarang ini serba sedikit mencacatkan industri PERNIAGAAN INTERNET.. jadi satu inisetif yang baik dilakukan oleh saudara Amirul Ikmal.. dengan pembongkaran ini imabiz berharap PENIPUAN INTERNET dapat DIHAPUSKAN…
Jadi, sebelum anda terus menjadi mangsa… Download sahaja EBook Percuma Ini..

Untuk Keterangan Lanjut Sila Klik DI SINI..