CONTACTS

">

Followers

Saturday 30 July 2011

Senarai Penuh Waktu Berbuka Puasa dan Imsak (2011M/1432H)




Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Klik pada pautan untuk melihat waktu berbuka puasa dan imsak di kawasan anda.

MELAKAJOHOR
ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR
PERAK
ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT
SARAWAK
ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
TERENGGANU
ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2- BESUT DAN SETIU
ZON 3- HULU TERENGGANU
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN
KELANTAN
ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
SELANGOR
ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
PAHANG
ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND
WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA
LABUAN
PERLIS
PERLIS
NEGERI SEMBILAN
ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU
KEDAH
ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI
PULAU PINANG
PULAU PINANG

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Putus Tunang – Penjelasan Kemelut yang Melanda

Isu mengenai hubungan pertunangan mereka mengalami masalah mula tersebar beberapa hari (mungkin minggu)  lepas sebelum perlawanan Malaysia vs Singapura. Nasib baik Apek masih mampu fokus pada perlawanan itu.
Apa yang terpendam akhirnya terburai dan Apek,22, telah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan beliau dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.
Berikut merupakan penjelasan Apek dipetik dari HMetro mengenai isu yang heboh disebarkan melalui internet dan keputusan memutuskan pertunangan.
“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA(METRO AHAD) kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.
Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.
Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.
Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?
Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.
Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.
Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.
Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.
Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.
Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.
Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”

Ketagihan Permainan Video Boleh Membawa Maut

Sebelum ini kami pernah menceritakan mengenai bahaya mengadap komputer pada kadar melebihi 5 jam sehari. Jadi situasinya tetap sama dengan ketagihan permainan video sebagai contoh XBOX.
Jika mengadap komputer selama 5 jam juga sudah memberi kesan yang agak bahaya pada jangka masa panjang, bagaimana pula jika anak/anda ketagihan dengan permainan video?
Seorang remaja berusia 20 tahun di Britain telah menemui ajal selepas beberapa tahun ketagihan dengan permainan video XBOX. Chris Staniforth meluangkan masa pada kadar purata 12 jam sehari dengan bermain XBOX.
Hasil bedah siasat mendapati, Staniforth, 20, mengalami trombosis pembuluh darah (DVT). Penyakit tersebut menyebabkan pembentukan darah beku dalam salur darah manusia akibat duduk terlalu lama.
Darah beku itu yang terbentuk pada kaki, boleh membawa maut apabila ia bergerak bersama aliran darah dan menyumbat paru-paru manusia.
Remaja ini tidak mempunyai sebarang rekod penyakit sebelum ini.
“Saya tidak pernah menjangka perkara seperti ini berlaku. Anak saya tidak dapat dipisahkan dengan Xbox. Saya tidak pernah membayangkan dia berada dalam bahaya kerana hobinya itu,” kata bapa pemuda berkenaan, David Staniforth. -Kosmo,31 Julai 2011-
Adalah sangat bahaya jika kita ketagihan dengan permainan video atau komputer ditambah pula tidak aktif bersukan. Jadi untuk mengimbangi masalah ini perlulah selalu bersukan dan amalkan hidup yang sihat.


Hidangan Sotong Menari di Tokyo [Video+]


TOKYO – Klip video menunjukkan sotong menari di dalam pinggan semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun mencetuskan kemarahan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan di laman perkongsian video YouTube berang kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup.
Bagaimanapun, seorang pengusaha restoran memberitahu, aksi luar biasa itu berpunca daripada perbuatan menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati.
Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang belum mati yang menyebabkan sotong itu menggelupur atau kelihatan seperti sedang menari.-KOSMO,31 Julai-

Saturday 23 July 2011

Proton Exora Turbo Bakal Dilancarkan Hujung Tahun Ini?




Sebelum ini kami telah memaparkan ujipandu Proton Exora di kawasan salji di mana pada pendapat kami adalah bertujuan untuk menaikkan taraf kenderaan tersebut.
Namun begitu, ketika ujuan dilakukan ketika di musim salji tersebut, didapati bahawa Proton telah menggunakan enjin berkuasa turbo serta dengan kotak gear CVT. Rupa-rupanya model ini bakal dipasarkan di United Kingdom!

Berdasarkan halaman Autocar UK, keputusan Proton Exora yang diuji pandu oleh mereka adalah tidak memberansangkan untuk dibandingkan dengan tahap piawaian negara tersebut. Dengan kemunculan Proton Exora yang berkuasa turbo dan kotak gear CVT, ini bakal menarik minat pembeli bukan sahaja di UK, malah di juga Malaysia.

Namun begitu, sumber mengatakan bahawa Proton Exora adalah sebuah kenderaan MPV yang simple, tidak terlalu agresif (dari segi kuasa enjin), dan sebuah MPV yang selesa dengan menawarkan keluasan yang besar untuk 7 orang. Autocar UK telah menguji Exora yang berspesifikasi Malaysia (Domestic Model)
Dalam artikel mereka juga mengatakan bahawa Proton Exora dengan enjin diesel juga bakal dikeluarkan pada tahun 2014. Betapa menariknya pernyataan tersebut kerana kita juga mungkin bakal dapat merasai Proton Exora yang dimuatkan dengan enjin diesel, dimana kos penjimatan serta kuasa dari teknologi turbo diesel mungkin dapat diaplikasikan disini. Bersama kita nantikan kemunculan Proton Exora yang terbaru!





Sebelum ini kami telah memaparkan ujipandu Proton Exora di kawasan salji di mana pada pendapat kami adalah bertujuan untuk menaikkan taraf kenderaan tersebut.
Namun begitu, ketika ujuan dilakukan ketika di musim salji tersebut, didapati bahawa Proton telah menggunakan enjin berkuasa turbo serta dengan kotak gear CVT. Rupa-rupanya model ini bakal dipasarkan di United Kingdom!

Berdasarkan halaman Autocar UK, keputusan Proton Exora yang diuji pandu oleh mereka adalah tidak memberansangkan untuk dibandingkan dengan tahap piawaian negara tersebut. Dengan kemunculan Proton Exora yang berkuasa turbo dan kotak gear CVT, ini bakal menarik minat pembeli bukan sahaja di UK, malah di juga Malaysia.

Namun begitu, sumber mengatakan bahawa Proton Exora adalah sebuah kenderaan MPV yang simple, tidak terlalu agresif (dari segi kuasa enjin), dan sebuah MPV yang selesa dengan menawarkan keluasan yang besar untuk 7 orang. Autocar UK telah menguji Exora yang berspesifikasi Malaysia (Domestic Model)

Ini membuatkan model Exora menjadi model ke-5 untuk dipasarkan di UK, yang mana bakal dilancarkan pada suku pertama 2012 dengan enjin berkuasa turbo serta kotak gear CVT. Oleh itu, kita boleh membuat andaian disini bahawa model Exora yang berkuasa turbo ini mungkin bakal dilancarkan di Malaysia lebih awal dari itu yang mana mungkin pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.
Dalam artikel mereka juga mengatakan bahawa Proton Exora dengan enjin diesel juga bakal dikeluarkan pada tahun 2014. Betapa menariknya pernyataan tersebut kerana kita juga mungkin bakal dapat merasai Proton Exora yang dimuatkan dengan enjin diesel, dimana kos penjimatan serta kuasa dari teknologi turbo diesel mungkin dapat diaplikasikan disini. Bersama kita nantikan kemunculan Proton Exora yang terbaru!


Sosej Babi (chorizo) Ada Logo Halal JAKIM?

Sekarang ini isu halal dan haram memang menjadi tumpuan dan ianya satu perkara yang kita perlu titik beratkan tambah tambah lagi kepada orang Islam.
Begitulah yang terjadi di sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aira, 30-an telah melaporkan kepada Harian Metro, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya.
Aira berkata,
“Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”



Dan menurut carian di Wikipedia, ‘chorizo’ merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.


Friday 15 July 2011

70 Ayat Jiwang Wanita Yang Boleh Membuatkan Lelaki ‘Cair’

Ayat ini semua dalam bahasa inggeris jadi kalau teman lelaki/ suami anda tak tahu bahasa inggeris pastinya semua ini tak akan membuatkan suami anda cair dengan kata-kata ini.
Sejauh mana keberkesanannya saya tidak dapat pasti dan bukan semua ayat yang disenaraikan adalah sesuai untuk setiap individu dan situasi.
Apa-apa pon layan ajela…..
1. All I care about is being with you forever.
2. All the gold and diamond in the world are not enough to buy the love I have for you.
3. God created you for just for me.
4. I am addicted to your love.
5. I am crazy about you.
6. I cannot live without you.
7. I cannot stop thinking about you.
8. I did not mean to hurt your feelings.
9. I do not want to wake up from this wonderful dream with you.
10. I feel safe when I am with you.
11. I get lost in ecstasy when you make love to me.
12. I have finally discovered true love – you.
13. I love talking to you.
14. I love the way you make love to me.
15. I miss your hugs and kisses when we are apart.
16. I thank God for the day he brought you into my life.
17. I want to spend forever with you.
18. I will give anything to be with you.
19. I will give you my heart, my body, and my soul.
20. I will go with you to the ends of the world as long as you keep loving me.
21. I will rather be broke than trade your love for a million dollars.
22. I will travel a thousand miles to be with you.
23. I wish God had brought you to me sooner.
24. If anything happens to you, I will go crazy.
25. If I could I would make love to you a thousand times.
26. If I had to live life over again, I would live it with you.
27. If loving you is a sin, then let me be guilty.
28. If our love is blind, then I never want it to see the light of day.
29. Life without you will be like going to sleep and never having sweet dreams.
30. Loving you feels like heaven.
31. Loving you has made life even sweeter.
32. Loving you has made my life so full of joy and happiness.
33. My heart cries when we are apart.
34. You are my love, my heart, and my life.
35. No man has loved me the way you love me.
36. Nothing will ever stop me from loving you.
37. Ooh sweetie, you are so good to me.
38. Your warm hugs and your tender kisses are more precious than gold.
39. Talking to you is like sipping the most delicious wine – I want it to last forever.
40. The times we spend together are like precious gems that money cannot buy.
41. Time stops when you hold me in your arms.
42. When I am with you, my troubles seem to melt away.
43. When I look at you I see a man that I find irresistible.
44. Words are not enough to express how much I love you.
45. You are my prince.
46. You are my soul mate.
47. You are the most important person in my life.
48. You are the music that makes my heart sing.
49. You are the only man I ever want in my life.
50. You are the other half that makes me feel whole.
51. You are the perfect man for me.
52. You are the sweetest man I know.
53. You bring nothing but love, peace, joy, and happiness to my soul.
54. You bring so much joy and happiness to my life.
55. You love me gently.
56. You make me feel like a woman.
57. You make me feel so good I want to kiss you from your head to your toe.
58. You make me want you more each day.
59. You treat me like a princess and I love you with all my heart.
60. Your are the kindest man I know.
61. Your caring words touch the deepest part of me.
62. Your hugs and kisses melt my heart like chocolate ice cream on a warm summer day.
63. Your kisses are like warm chocolate on a cold winter night.
64. Your kisses are so good I feel tingles all over.
65. Your love is like a solid rock that will never break.
66. Your love is so good I can’t get away even if I wanted to.
67. Your love warms my heart like the glow of a candle light in a midsummer night’s dream.
68. Your loving whispers in a moon-lit night are like soothing wine, they put me in the mood.
69. Your smile is so comforting it makes my tears go away.
70. Your gentle touch sends chills up and down my spine.

Wednesday 13 July 2011

Mencari Cinta Menerusi Pengiklanan Facebook

Selari dengan kemajuan semasa dan boleh dikatakan setiap orang yang mempunyai internet mempunyai akaun facebook pada hari ini terutamanya golongan muda.
Seorang lelaki Matt Simpson dari Tempe,Arizona menggunakan pendekatan pengiklanan facebook untuk mencari wanita dijadikan pasangan hidup.
Matt Simpson telah membuat beberapa kempen iklan mengenai dirinya dan iklan tersebut dipautkan terus ke fan page dirinya. Mungkin sekali tengok seperti ‘desperate’ gila untuk mendapatkan pasangan hidup.Namun,ini juga satu pendekatan yang baik kerana iklan yang dibuat hanya akan terpapar pada profile wanita yang mempunyai “interest” yang telah ditetapkan ketika kempen iklan dibuat.

Kos untuk kempen iklan yang dibuat oleh nya adalah $0.75 untuk setiap klik (CPC) . Mungkin agak mahal untuk kita di Malaysia tetapi sememangnya pengiklanan ‘targeting’ USA harganya begitu. Untuk target Malaysia mungkin murah sedikit, berminat nak buat juga?
Kalau anda seorang lelaki yang segan untuk mengorat wanita mungkin cara ini boleh menjadi alternatif kepada anda. Mungkin juga boleh buat ala-ala rancangan ‘Mencari Menantu’ untuk cari jodoh untuk anak perempuan/lelaki anda?

Pesanan Rasulullah – 6 Sifat Wanita yang Perlu Dielak Untuk Dikahwini

Setiap lelaki muslim mahukan pasangan hidup yang terbaik untuk diri masing-masing. Namun, dalam kita mengejar yang terbaik lelaki sendiri kadang-kadang terlupa untuk menjadikan diri mereka sendiri sebagai seorang muslim sejati(penulis sendiri juga tidak terkecuali dengan kata-kata ini) . Kita(lelaki) mengharapkan wanita yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup maka kita juga perlu menjadi yang terbaik untuk pasangan kita.
Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.
1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.
5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Berjalan 1000 Batu Demi Cinta




China- Seorang lelaki berusia 29 tahun memulakan sebuah perjalanan yang sungguh bermakna sejauh 1000 batu (1600km) hanya kerana untuk melamar seorang perempuan yang beliau cintai. Bakal isterinya itu Ling Hsueh, 23, merupakan salah seorang peminat kumpulan Proclaimers dari Scottland dan telah mencabarnya untuk berjalan 1000 batu seperti dalam salah satu lagu nyanyian kumpulan tersebut yang bertajuk “I’m Gonna Be (500 miles)”.
Ling pada asalnya hanya berjenaka apabila teman lelakinya itu telah melamar beliau dan menyuruhnya berjalan 1000 batu seperti dalam lagu tersebut. Namun, belum sempat beliau memberitahu bahawa ianya adalah sekadar jenaka, Lui Peiwen bergegas membungkus beg ‘hiking’nya dan memulakan perjalanan.



Lui Peiwen tinggal di Daereah Henan manakala kekasihnya itu pula tinggal di Daerah Guangdong yang secara kebetulan adalah 1000 batu jaraknya. Ling turut mengatakan bahawa beliau tetap akan mengahwini jejaka tersebut walaupun tidak mengharungi perjalanan 1000 batu itu dan sangat menegaskan bahawa beliau hanya bergurau dengan teman lelakinya.


Kanak-Kanak 3 Tahun Ketagih Rokok Selepas Koma

CHINA : Kanak-kanak perempuan ini berusia 3 tahun dan mula menghisap rokok dan minum minuman keras selepas sedar dari koma akibat kemalangan jalanraya.
Ya Wen sekotak sehari sejak kemalangan menimpa dirinya setahun lalu.
Menurut ibubapanya Ya Wen mengalami perubahan personaliti selepas keluar dari hospital setelah 5 hari tidak sedarkan diri.
Dia mula perangai seperti orang dewasa selepas itu dan turut minum minuman keras.
Pada awalnya Ya Wen mencuri rokok bapanya dan hisap secara sembunyi-sembunyi dalam tandas dan kini dia mula mendapatkan rokok sendiri dikedai-kedai runcit.
Selain gemar minum minuman keras dan menghisap rokok, dia juga mengalami perubahan dari segi pemakaian kerana lebih gemar dengan pakaian lelaki.

Tuesday 12 July 2011

Cara Nak Mengunakan Aplikasi ‘Video Chat’ di Facebook




Untuk mula menggunakan aplikasi baru ini, pertama sekali anda perlu setup aplikasi “Video Calling”.
Anda boleh layari pautan ini : https://www.facebook.com/videocalling
Ikut arahan selanjutnya yang diberikan di facebook sepertimana dalam gambar yang saya snap dibawah ini.

























Facebook Chat juga memperkenalkan sembang secara berkumpulan (Group Chat).





Video Polis Bertindak Ganas Dalam Perhimpunan BERSIH 2.0



Untuk isu BERSIH ini saya sekarang ini lebih banyak menjadi pemerhati. Dalam artikel ini sebenarnya untuk respon kepada berita yang dikeluarkan oleh Mstar hari ini yang bertajuk “Bersih 2.0: Dakwaan Polis Ganas, Semua Rakaman Video Diteliti“.

Jadi saya cuba untuk kumpul beberapa video dari youtube mengenai dakwaan ini apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan ingin mengambil tindakan kepada blogger/media atau sesiapa sahaja jika membuat tuduhan palsu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sehubungan itu menegaskan, tindakan akan diambil ke atas mana-mana media termasuk dalam talian dan blogger jika mereka membuat laporan yang tidak tepat.

Gadis Cantik Jamin Kesihatan Yang Baik Untuk Lelaki?

Orang tua tua pernah berkata, rupa paras bukan ukuran. Yang penting keikhlasan, kejujuran serta nilai kasih sayang dalam sesuatu perhubungan mestilah ada sebelum kita memilih seseorang menjadi teman hidup kita.
Tetapi lain pula dengan kajian terbaru ini. Khabarnya gadis cantik mampu memberikan tahap kesihatan yang baik untuk seorang lelaki. Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik mampu meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.
Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan juga bertindak untuk memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan akan berkurang seiring dengan pertambahan usia dan tempoh hubungan. Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat
.
Kajian yang diketuai oleh Dr. James Roney itu telah melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 hingga 24 tahun yang di temukan dengan wanita cantik dan yang mampu memikat hati. Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.
Di sini satu fakta menarik dapat di kenal pasti. Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik, tahap testosteron lelaki akan meningkat hingga 14% manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 %. Berbeza pula apabila responden responden tersebut bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya di dapati menurun sehingga 7%.
Kesimpulannya, semasa lelaki bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan memberi  kesegeran yang nyata kepada tubuh badan.
Mungkin selepas adanya artikel ini ramai lelaki yang menggunakan alasan untuk berkahwin dengan perempuan cantik demi menjaga kesihatan mereka.

Saturday 9 July 2011

BERGURAU BIAR BERPADA

kita perlu sentiasa menghitung diri:adakah orang yang sentiasa berada disekeliling berasa senang dengan tindak tanduk yang kita lakukan?ia menjadi muhasabah penting supaya ikatan persaudaraan berada dalam suasana harmoni tanpa sebarang persengketaan.
apabila hubungan persaudaraan 'tercemar'maka akan wujud perbagai kesan buruk seperti sikap pentingkan diri sendiri,amalan fitnah menfitnah serta mengbangkitkan perasaan tidak puas hati.hubungan yang dinyatakan itu termasuk bagaimana kita bereakteraksi dengan masyarakat sekeliling serta penerimaan orang ramai terhadap ideal dan pendapat yang kita utarakan.
malah,cara bergurau juga perlu diambil perhatian kerana kita tidak boleh menganggap semua orang selesa dan dapat menerima apa kita lakukan.sebaliknya,kita perlu mempamerkan adab dan etika sebenar sebagai seorang muslim iaitu menjauhi segala bentuk persengketaan.mungkin pada kita ia berbentuk gurauan,tetapi sebenarnya perbuatann kita itu tidak disenangi.apabila melakukan kesilapan kepada orang lain maka segeralah meminta maaf kepadanya.jangan ditangguh atau merasakan kita berada dipihak benar kerana menghulur kemaafan itu amat mulia dan tinggi nilainya di sisi allah SWT.kenapa bergurau perlu berpada pada padahal ia dikira perbuatan yang mendatangkan keseronokan dan kegembiraan?kadang kadang kita bergurau bertujuan untuk mengusik,tetapi mungkin masa dan tempatnya tidak sesuai.malah,bergurau boleh menjadi haram jika wujudnya unsur sindiran,lucah,bertujuan menyakiti hati pihak lain serta memberi gelaran kepada seseorang dengan perkara yang tidak disukainya.manakala gurauan yang terpuji dan bersifat memberikan perhormatan,penghargaan selain diterjermahkan dengan penuh sopan.

FRU mengganas di KL





Terdesak dengan kehebatan momentum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sepasukan polis bertindak keras dengan menghalang road show anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shah Alam di Uptown di sini, malam ini.

Polis dengan bilangan keanggotaan yang ramai termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah mengepung sekitar laluan menghala ke Uptown Shah Alam – lokasi tumpuan anak muda sekitar bandar raya itu.

Tekanan awal mulai dirasai apabila beberapa sekatan jalan raya dibuat sebelum polis yang kemudian menghalang orang ramai memasuki Uptown di Seksyen 24 itu, dengan melakukan kepungan sejak jam 7 malam.

Anggota polis turut menutup pentas Uptown yang dijadual berlangsung ucapan pimpinan AMK sempena program road show itu.

“Kawasan ceramah di Uptown dikepung polis sehingga tiada pengunjung dibenar memasuki Uptown itu,” kata Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar atau Jonah kepada Keadilan Daily, kira-kira jam 10.30 malam ini.

Jonah yang turut ditahan polis kerana memakai T-Shirt Bersih dan dibawa ke balai polis Shah Alam, Seksyen 9 dengan tangan bergari, ketika dihubungi malam ini, tidak gentar dengan tindakan itu.
“Masih di balai. Saya seorang ditahan. Insya-Allah, tak ada apa-apa

bahaya-minum-teh-panas-dan-teh-ais-untuk-kesihatan!




Teh panas atau teh ais yang jadi pilihan? Mungkin ramai yang tak tahu minuman ruji rakyat Malaysia ini sebenarnya masing masing mempunyai keburukan masing bergantung kepada cara pengambilan dan jumlah pengambilan.
Bahaya Teh Panas
Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran mengatakan, meminum teh dalam keadaan masih panas berpotensi menjadi punca barah kerongkong.
Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaan minum didiagnosis mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sehat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, di Iran Utara. Golestan merupakan salah satu daerah dengan tahap barah kerongkong tertinggi di dunia walaupun jumlah yang merokok dan meminum alkohol sangat rendah.

lamborghini-sesto-elemento-kereta-paling-mahal-di dunia




Sebelum ini Bugatti Veyron merupakan kereta paling mahal dan juga paling laju di dunia. Kereta sport termahal di dunia kini bertukar takhta kepada Lamborghini Sesto Elemento.
Sesto Elemento yang bermaksud Sixth Element dalam bahasa Itali juga merujuk kepada elemen ke-6 dalam periodic table iaitu Carbon (kepada yang tak belajar kimia, boleh lah tanyakan encik Google ye). Carbon fiber adalah diantara bahan yang agak baru diperkenal dalam industri permotoran yang mana ianya adalah lebih ringan berbanding dari besi-besi yang lain.
2011 Lamborghini Sesto Elemento 010 800 500x304 Lamborghini Sesto Elemento Kereta Paling Mahal Di Dunia
Sebelum ini, Bugatti Veyron adalah model kereta yang mempunyai kuasa pecutan yang amat luar biasa iaitu mampu memecut dari 0-100km/j dalam hanya 2.5 saat. Rekod ini masih belum dapat ditandingi oleh mana-mana model kereta yang lain. Dan ini lah juga kenapa Sesto Elemento diperkenalkan.

Friday 8 July 2011

Perodua Myvi 2011 – Boleh Mula Ditempah

Perodua Myvi 2011 bakal menerima tempahan bermula 4 Jun 2011, Sabtu ini. Tempahan boleh dibuat di semua cawangan Perodua di seluruh negara. Untuk tempahan RM 400 akan dikenakan tetapi harga sebenar Perodua Myvi 2011 ini hanya akan didedahkan pada hari pelancaran.
Pelancaran Perodua Myvi 2011 dijadualkan pada 16 Jun 2011 di Putra World Trade Centre oleh Perdana Menteri Malaysia Dato ‘Sri Najib Tun Abdul Razak. Perodua mensasarkan penjualan sebanyak 8,500 unit sebulan seterusnya menjadikan Perodua Myvi 2011 sebagai “Top Seller”.



Perodua ini telah beberapa kali dilihat tetapi masih belum dalam rupa yang sepenuhnya. Segala maklumat dan persoalan peminat kereta Myvi ini hanya bakal terjawab pada hari pelancaran nanti. (sumber Paultan.org & Fastmotoring.com)


Panadol Punca Kanser

Anda sering menjadikan Panadol sebagai ubat pilihan utama ketika kepala dan demam? Jika ‘YA’ anda seharusnya mengubah ubat pilihan utama anda kepada ubat yang lain.
Ini kerana kajian terkini yang dijalankan di University of Washington telah mendapati bahawa pengambilan acetaminophen secara kerap berkemungkinan meningkatkan peluang si pengambilnya untuk mendapat kanser darah tertentu.
Apa Itu Acetaminophen?
Acetaminophen merupakan istilah yang digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada, yang merujuk kepada sejenis sebatian yang kita kenali di negara kita dengan nama generik “paracetamol”. Ia digunakan secara meluas sama ada sebagai analgesic (melegakan sakit kepala) atau sebagai antipyretic (mengurangkan suhu badan ketika demam). Manakala, di negara kita ‘Panadol’ telah menjadi satu jenama ubat paracetamol yang mudah di dapati.

Tidak Mandi dan Bercukur Selama 37 Tahun




INDIA – Kailash,65, seorang petani di India telah berhenti dari mandi sejak tahun 1974 selepas mendirikan rumah tangga. Selain tidak mandi, dia juga tidak lagi mencukur janggutnya dan rambutnya.
Kailash percaya dengan pengorbanan yang dilakukannya ini, tuhan akan mengurniakan kepada dirinya anak lelaki. Dia masih menunggu anak lelaki pertamanya selepas dikurnia 7 orang anak perempuan.
Cara untuk dia menyucikan diri adalah dengan ‘mandi api’ pada setiap petang yang melibatkan menghisap ganja, berdoa kepada Tuhan Hindu Siva dan menari di sekeliling unggun api.
Menurut isterinya Kalavati Devi, 60, dia pernah cuba memaksa suaminya itu untuk terjun ke sungai (mandi) tetapi Kailash melawan dan melarikan diri. Kailash menyatakan dia sanggup mati daripada mandi dan jika dikurniakan anak lelaki mungkin dia akan merubah fikirannya kelak.

Persediaan menghadapi malam pertama

Malam pertama, adalah waktu yang amat menegangkan bagi pasangan pengantin. Bagi wanita, ketegangan itu kadangkala berlipat kali ganda. Berikut ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama.
1) Bau badan – Ingat, sebelum memasuki malam pertama, anda dan suami seharian bergerak, melayan tetamu serta saudara mara yang hadir, berulangkali menukar pakaian berpeluh dan penat. Untuk itu sebelum tidur, cubalah untuk mandi. Pakailah wangian yang lembut supaya rasa ghairah tidak padam apabila mencium bau badan anda.
2) Bau mulut - Cuba anda bayangkan, apa yang akan anda lakukan, ketika ingin mencium bibir pasangan anda, anda dapati udara yang anda sedut ‘berbau’ petai. Tentu ghairah anda hilang bukan..? Kerana itu hindarilah kemungkinan ini dengan mempersiapkan diri. Penyelesaiannya, pastikan anda memberus gigi sebelum ke kamar dan kalau boleh selalu menyediakan pepermint di tempat tidur.

3) Tergesa-gesa -
Tergesa-gesa merupakan ‘penyakit’ paling umum. Ingin cepat sehingga langsung ke acara kemuncak. Maklumlah makanan baru, halal lagi! Tapi ingat anda harus bersabar. Sebaik-baiknya kedua-dua bertenang kerana seks dengan dengan tenang itu lebih nikmat. Tergesa-gesa kadangkala boleh mendatangkan mudarat, rasa nikmat ‘kerjasama’ mungkin payah untuk dicapai dan juga ia mungkin boleh menyakitkan. Misalnya anda belum begitu terangsang dan suami ingin terus ‘menembak’ hasilnya boleh mengecewakan.
SETELAH tiga tips kecil menghadapi saat ‘pemanasan’ di malam pertama. Berikut adalah beberapa tips saat ‘bertempur’. Bacalah dengan teliti agar malam pertama anda menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan.
1) Padamkan kekasaran – Jangan hanya berserah. Sekiranya anda rasa disakiti berterus teranglah dengan suami tetapi gunakan nada yang lembut supaya dia tidak tersinggung. Sekiranya ingin sama-sama menikmati keseronokan, bimbinglah suami anda ke ‘daerah-daerah’ yang boleh menambahkan ghairah. Anda juga boleh memainkan peranan dengan lebih aktif, dengan cara menuntun tangannya mengarahkan ke bahagian yang anda sukai.
2) Singkirkan rasa sakit – Kebanyakan wanita sering merasa sakit pada organ seksnya ketika berhubungan intim buat pertama kalinya. Hilangkan perasaan takut sebaliknya fikirkan perkara yang indah-indah ketika bersama suami. Perlu juga diketahui bahawa penyebab kurangnya cairan lubrikasi ialah stress, pengambilan ubat-ubatan dan penggunaan alat kontraseptif. Bila hal ini terjadi, minta suami supaya memanjangkan pemanasan sambil melihat apakah anda sudah bersedia untuk memulainya sekali kembali. Cara lain ialah dengan menggunakan cairan lubrikasi.
3) Beri dorongan pada suami – Bukan semua suami berjaya melalui malam pertama mereka dengan jayanya. Sesetengah daripada mereka akan tewas sebelum waktunya. Tapi jangan bimbang, ia munkin kerana stress dan kurangnya pengalaman. Selain kurangnya pengalaman dan stress, minuman beralkohol serta ubat-ubatan juga boleh menjadikan lelaki kurang ‘perkasa’. Maka pujuklah suami agar dia hilang rasa kecewanya sambil mengelus tubuhnya terutama daerah sensitif untuk menunjukkan rasa sayang dan keinginan anda terhadapnya. Katakan padanya kita boleh cuba lagi malam berikutnya.
4) Jangan pura-pura klimaks – Ramai wanita yang tidak ingin mengecewakan suaminya sering berpura-pura orgasme. Jangan lakukan hal itu kerana ia boleh membahayakan perhubungan anda. Memang ramai wanita yang agak sukar mencapai klimaks walaupun pasangannya sudah melakukan stimulasi sebaik mungkin pada daerah sensitifnya. Anda tak perlu malu untuk mengatakan padanya. Mungkin anda boleh memberi cadangan mengenai cara yang anda sukai dan memainkan peranan yang aktif juga. Jadikan aktiviti seks ini sebagai sesuatu yang menyenangkan bukannya membebankan anda.
BAGAIMANA? Tidak sukarkan menghadapi malam pertama? Mungkin tips ini boleh mengurangkan sedikit debaran di dada. Selamat mencuba dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Tuesday 5 July 2011

tips nak ejas si awek yg liat,,lpas tgok,try n psti dpt...jgn bgthu si awek ye..

salam...1 lgi aku nak kongsi ngan korang semua,,baru2 ni aku pergilah jln2 kt shahbndar jmpelah ngn sorng mamat ni dngn aweknya....bejalan mmglah romantik gile,,cam psngan suami isteri yg bru bernkah..gram jgk tgok tp itu hak dia kn mna bleh kta nk kcau...

aku psing2 ah lgi nmpk lak stu pmuda ni tgh brkelakuan pelik...mmg plik ah tgok,,,tgok pnye tgok rpenye pmuda tu tgh ejas awek,,aduhhhh!!!pnyelah klakar...nk thu x,,,haahhahahahaha

ade ke ejas awex pkai tktib lme,,,apelah....tnyelah org yg pkar ni,,hehehehehe.....klaulh korang nk ejas awek korang buatlah cm real...contohnye:

1.korang tenung dalam2 mta si awek tu,,tnggu smp awek tu brpusing dn korang tgoklh awek tu senyum ke x ble brpling dri anda....lau snyum lmpu hjaulah mknanye tu..hehehehe

2.ni tktik mst korang thu dh,,tktik biase tp xpelah nk tlis gak....korang prgilh pda si awek yg korang rse brkenang ni,korang btlah cam nk tnye ssuatu tmpt,,ble ye tnjuk jln tu korang pura2 tnye si awek tu ada pen ke x,,klaulah awek tu xde pen xpe jgn bmbng ade plan ln lg ni,,hehehe..anda btlah cmni,,oh!! lpe lak pen sya ada rpenye..blh tnjukkn plan x lukis ckit plan ni ats krtas yg anda bwa,,,..last slps hbis tnjukkn plan anda mntaklh no.fon si awek tu mna thu kot2 tmpt yg dituju x jmpe,,,bleh jd kot,,hahahahaahahaha...tips yg strusnye lak,,haha...

3.ni tktib jhat ckit,,,lau brni cbelah...mmg slah tp bt slah dmi wnita pjaan kta x slah kot..hahahahaha,, anda tnggu lh dkt prking mtor tp sblum tu ni untk yg xde tman jh erh..hahahaha...lpak2 jap isap rkok dlu sebatng,,tut muncullh si awek ni,mke cntik,ptih,sopan blhlh rsenye ni kot..anda tnggu lg jgn ikut awek tu ye,ingt tu..slps awek tu brllu prgi anda prgi kt mtor si awek tu anda pncitkan tyar mtornye...tp knelh brsbar ckit ye,tnggulh smp awek tu dtng untk brmbus lh plak slps puas lpak,,mgkin dkt tpi pntai kot..lpas si awek tu tgok tyr mtornye pncit korang tbe lh mse tu,,,knonnye herolh..bwalh spepat llu,,hbis ckit duit xpe jnji dpt awek tu,,hehheehe...tkar pnye tkar siap jgk tkar tyr tu,,mse tu msti si awek tu nk bg upah,,anda apa lg sbg llki gntleman xkan nk trme kot,jtuhlh mruah seorng llki kn,anda ckplh x prlulh upah2 lau dpt no.fon dh kre bertuah dh..xkan si awek tu xnk bg kot,,si awek tukn dh trhutang bdi pda anda.tp x prlu risau anda x kluar dt pun,anda bwalh pan tyar jh....hahahahaha..mge2 brjya..bye2 n salam

lumrah hidup,,,kenape susahnye nak dapat keje,,tension!!tension!!

aku bukan nak cerita apa,,tapi aku marah sangat2 dengan keadaan sekarang....ada kelulusan pun macam xde..belajar tinggi tinggi pun dah xde makne dah sekarang...smuanya x berguna langsung...

kalaulah ada kekosongan dimana-mana cawangan,yang diperlukan cuma 1 kekosongan...kalau kelulusan kita tinggi rasa2 boleh dapat x kerja tu,kite ada pengalaman,kelulusan pun ok...andai katalah 30 yang memohon tp sorang jeh yang pergi tanpa kelulusan yg melayakkannya dapat kerja tp berbekalkan kable rasa2 dapat x kerja tu..kalau bukan anak beranak,,sepupu,,sedara,,2 pupu dah tentu x dapat kerja tu..

yang lagi geram tu ada jugak sesetengah agensi yang memasang sepanduk untuk memerlukan kerja,,katanya nak memerlukan segera,,padahal kekosongan cuma 2,3 jeh.yang mintak 2,3 ratus orang...yg lg geram tu borang untuk mintak kerja tu perlu dibayar 5 ringgit.bayangkanlah kalau 2,3 ratus org yg mintak...berapa rsanya ye dapat untung....

kenapalah dunia skrg dah x smkin adillllllllll.......
aku hari tu pergilah mintak kerja TNB nak dijadikan cerita adalah sorang mamat ni pergi mintak jgak...aku tnyalah sebelum ni buat apa...tahu x apa ye ckap..ye sekrng dah ada kerja tp gji x ckup cuma rm1500.00 jh sebulan...dlu ye dah kerja dah TNB tp ye berhenti...ni nak mintak blik....senang2 jh kluar msuk gtu jh...yelah dah ada kble bsar kat dlm mmglh dh x runcing...nk kluar msuk kerja sebulan 10 kli pn dh x bimbang...diorang x trfkir ke org mcm aku ni.....lme dah cri krja tp x jgk2 dpt..ni yg dh ada krja x brsyukur lgsg...dnia2 dh blh mkn nk mkn lg,,dh bleh tkar sluar nk tkar kusyen lak...entahlah aku dh xde pape dh nk kgsi dgn smua,,,lau ada yg sokong like lh atau komen..pda yg x skong aku jgn mrah sbb aku tlis ni berdsarkn pnglaman aku sndri....

kpda yg trsa maafkanlah aku,,aku pn sma jh cam korang insan yg x pnye klbihan...k salam

Tips menghadapi temuduga

PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA
Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :
  1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
  2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
  3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
  4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
  5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
  6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.


KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA
Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah :
  1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
  2. Jawab dengan jelas dan lantang
  3. Kikiskan sifat ego anda
  4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
  5. Banyakkan senyuman
  6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
  7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan
Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.


TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA
  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
  5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
  6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
  7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
  10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
  11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
  13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
  21. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  22. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  24. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.