CONTACTS

">

Followers

Friday 8 July 2011

Tidak Mandi dan Bercukur Selama 37 Tahun




INDIA – Kailash,65, seorang petani di India telah berhenti dari mandi sejak tahun 1974 selepas mendirikan rumah tangga. Selain tidak mandi, dia juga tidak lagi mencukur janggutnya dan rambutnya.
Kailash percaya dengan pengorbanan yang dilakukannya ini, tuhan akan mengurniakan kepada dirinya anak lelaki. Dia masih menunggu anak lelaki pertamanya selepas dikurnia 7 orang anak perempuan.
Cara untuk dia menyucikan diri adalah dengan ‘mandi api’ pada setiap petang yang melibatkan menghisap ganja, berdoa kepada Tuhan Hindu Siva dan menari di sekeliling unggun api.
Menurut isterinya Kalavati Devi, 60, dia pernah cuba memaksa suaminya itu untuk terjun ke sungai (mandi) tetapi Kailash melawan dan melarikan diri. Kailash menyatakan dia sanggup mati daripada mandi dan jika dikurniakan anak lelaki mungkin dia akan merubah fikirannya kelak.

No comments:

Post a Comment