CONTACTS

">

Followers

Saturday 9 July 2011

BERGURAU BIAR BERPADA

kita perlu sentiasa menghitung diri:adakah orang yang sentiasa berada disekeliling berasa senang dengan tindak tanduk yang kita lakukan?ia menjadi muhasabah penting supaya ikatan persaudaraan berada dalam suasana harmoni tanpa sebarang persengketaan.
apabila hubungan persaudaraan 'tercemar'maka akan wujud perbagai kesan buruk seperti sikap pentingkan diri sendiri,amalan fitnah menfitnah serta mengbangkitkan perasaan tidak puas hati.hubungan yang dinyatakan itu termasuk bagaimana kita bereakteraksi dengan masyarakat sekeliling serta penerimaan orang ramai terhadap ideal dan pendapat yang kita utarakan.
malah,cara bergurau juga perlu diambil perhatian kerana kita tidak boleh menganggap semua orang selesa dan dapat menerima apa kita lakukan.sebaliknya,kita perlu mempamerkan adab dan etika sebenar sebagai seorang muslim iaitu menjauhi segala bentuk persengketaan.mungkin pada kita ia berbentuk gurauan,tetapi sebenarnya perbuatann kita itu tidak disenangi.apabila melakukan kesilapan kepada orang lain maka segeralah meminta maaf kepadanya.jangan ditangguh atau merasakan kita berada dipihak benar kerana menghulur kemaafan itu amat mulia dan tinggi nilainya di sisi allah SWT.kenapa bergurau perlu berpada pada padahal ia dikira perbuatan yang mendatangkan keseronokan dan kegembiraan?kadang kadang kita bergurau bertujuan untuk mengusik,tetapi mungkin masa dan tempatnya tidak sesuai.malah,bergurau boleh menjadi haram jika wujudnya unsur sindiran,lucah,bertujuan menyakiti hati pihak lain serta memberi gelaran kepada seseorang dengan perkara yang tidak disukainya.manakala gurauan yang terpuji dan bersifat memberikan perhormatan,penghargaan selain diterjermahkan dengan penuh sopan.

No comments:

Post a Comment