CONTACTS

">

Followers

Wednesday 13 July 2011

Mencari Cinta Menerusi Pengiklanan Facebook

Selari dengan kemajuan semasa dan boleh dikatakan setiap orang yang mempunyai internet mempunyai akaun facebook pada hari ini terutamanya golongan muda.
Seorang lelaki Matt Simpson dari Tempe,Arizona menggunakan pendekatan pengiklanan facebook untuk mencari wanita dijadikan pasangan hidup.
Matt Simpson telah membuat beberapa kempen iklan mengenai dirinya dan iklan tersebut dipautkan terus ke fan page dirinya. Mungkin sekali tengok seperti ‘desperate’ gila untuk mendapatkan pasangan hidup.Namun,ini juga satu pendekatan yang baik kerana iklan yang dibuat hanya akan terpapar pada profile wanita yang mempunyai “interest” yang telah ditetapkan ketika kempen iklan dibuat.

Kos untuk kempen iklan yang dibuat oleh nya adalah $0.75 untuk setiap klik (CPC) . Mungkin agak mahal untuk kita di Malaysia tetapi sememangnya pengiklanan ‘targeting’ USA harganya begitu. Untuk target Malaysia mungkin murah sedikit, berminat nak buat juga?
Kalau anda seorang lelaki yang segan untuk mengorat wanita mungkin cara ini boleh menjadi alternatif kepada anda. Mungkin juga boleh buat ala-ala rancangan ‘Mencari Menantu’ untuk cari jodoh untuk anak perempuan/lelaki anda?

No comments:

Post a Comment