CONTACTS

">

Followers

Tuesday 5 July 2011

Prosedur Perkahwinan

Setiap pasangan yang hendak berkahwin mengikut Enakmen Pentadbiran Undang – Undang Keluarga Islam negeri mestilah mengikut Hukum Syarak. Di antaranya ialah memastikan dirinya dan tunangnya adalah sah dan layak bernikah.
Pasangan yang telah mengikat perjanjian pertunangan mengikut Hukum Syarak sama ada secara lisan atau tulisan. Sekiranya pertunangan mereka terbatal dengan sebab mungkin janji atau ingkar salah satu pihak, pihak yang teraniaya boleh membuat tuntutan gantirugi di mahkamah. Pasangan perlu menyiapkan beberapa perkara yang telah ditetapkan dalam prosedur pra perkahwinan seperti:
a) Calon pasangan adalah orang yang sah berkahwin.
  • iaitu bukan orang yang tidak ada halangan untuk berkahwin (mahram) samada halangan kekal kerana persemendaan atau susuan seperti datuk/nenek, anak saudara yang emak/bapa saudara seperti adik beradik pasangan, emak/bapa saudara pasangan dan anak saudara pasangan.
  • calon suami yang hendak berkahwin mestilah terlebih dahulu mengisi borang permohonan berkahwin yang boleh didapati daripada Penolong Pendaftar Nikah tempat beliau bermastautin atau Pejabat Agama Daerah dan kemukakan semula borang kepada Penolong Pendaftar Nikah tersebut bersama lain – lain dokumen berkaitan seperti:
    • nama 2 orang saksi (lelaki) bersama salinan kad pengenalan.
    • Kad pengenalan yang sah.
    • Bukti Mastautin (alamat berlainan dengan tempat tinggal)
    • Surat pengesahan bujang dari majikan/imam
    • Sijil kursus Pra perkahwinan
    • Surat memeluk Islam (saudara baru)
    • Surat sokongan kedutaan (warga asing)
    • Surat kebenaran mahkamah ( bawah umur)
  • begitu juga dilakukan oleh calon isteri.

No comments:

Post a Comment