CONTACTS

">

Followers

Saturday 23 July 2011




Sebelum ini kami telah memaparkan ujipandu Proton Exora di kawasan salji di mana pada pendapat kami adalah bertujuan untuk menaikkan taraf kenderaan tersebut.
Namun begitu, ketika ujuan dilakukan ketika di musim salji tersebut, didapati bahawa Proton telah menggunakan enjin berkuasa turbo serta dengan kotak gear CVT. Rupa-rupanya model ini bakal dipasarkan di United Kingdom!

Berdasarkan halaman Autocar UK, keputusan Proton Exora yang diuji pandu oleh mereka adalah tidak memberansangkan untuk dibandingkan dengan tahap piawaian negara tersebut. Dengan kemunculan Proton Exora yang berkuasa turbo dan kotak gear CVT, ini bakal menarik minat pembeli bukan sahaja di UK, malah di juga Malaysia.

Namun begitu, sumber mengatakan bahawa Proton Exora adalah sebuah kenderaan MPV yang simple, tidak terlalu agresif (dari segi kuasa enjin), dan sebuah MPV yang selesa dengan menawarkan keluasan yang besar untuk 7 orang. Autocar UK telah menguji Exora yang berspesifikasi Malaysia (Domestic Model)

Ini membuatkan model Exora menjadi model ke-5 untuk dipasarkan di UK, yang mana bakal dilancarkan pada suku pertama 2012 dengan enjin berkuasa turbo serta kotak gear CVT. Oleh itu, kita boleh membuat andaian disini bahawa model Exora yang berkuasa turbo ini mungkin bakal dilancarkan di Malaysia lebih awal dari itu yang mana mungkin pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.
Dalam artikel mereka juga mengatakan bahawa Proton Exora dengan enjin diesel juga bakal dikeluarkan pada tahun 2014. Betapa menariknya pernyataan tersebut kerana kita juga mungkin bakal dapat merasai Proton Exora yang dimuatkan dengan enjin diesel, dimana kos penjimatan serta kuasa dari teknologi turbo diesel mungkin dapat diaplikasikan disini. Bersama kita nantikan kemunculan Proton Exora yang terbaru!


No comments:

Post a Comment