CONTACTS

">

Followers

Saturday 2 July 2011

revolusi perhimpunan haram bersih,,9 julai ini






Semua orang tahu, semua orang baca tentang rancangan perhimpunan dan perarakan pada 9 Julai ni atas nama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH). Kamu berada di pihak mana, semua itu aku tidak mahu tahu..





Aku terpanggil, aku mahu bercerita. Semua ini dari pengalaman aku berada di negara yang penuh kekayaaan hasil bumi, kaya raya dan kini jadi kacau bilau berada di bawah telunjuk asing. Lihat bukti pengalaman ini. Dari perselisihan yang tidak dapat diselesaikan dengan baik akhirnya menjadi perang saudara yang merugikan semua


Renungkanlah semua. Apakah kita mampu menjamin yang cara yang kita pilih itu tidak akan bertukar menjadi perbuatan-perbuatan liar yang akan merugikan saudara-saudara kita yang lain. Betapa kita telah menyusahkan saudara-saudara kita yang bertugas sebagai anggota pasukan keselamatan. Yang sepatutnya pada waktu dan hari itu mereka dapat berehat dengan keluarga. Cuti mereka dibekukan, hak mereka untuk mendapat cuti rehat dinafikan. Tapi kita memaksa mereka untuk bekerja, atau mungkin kita menjadikan mereka mangsa dan tercedera yang membuatkan ada lagi tanggungan mereka yang menderita kesusahan. Itukah yang kita mahu? Dan bagaimana jika mereka itu saudara, ibubapa, adik, kakak, atau abang kita. Kita masih suka, berseronok dan bersemangat?

Renungkanlah semua. Adakah ini yang diajar dan dikehendaki oleh ajaran agama kita. Merusuh dan merosakkan segala apa yang menghalang kita cita impian kita. Adakah secara syura itu tidak bagus? Adakah cara kita merosakkan dan menakutkan orang lain itu, membuatkan mereka rasa tidak selamat itu amat baik untuk warisan anak cucu kita. Lihatlah, ambillah iktibar apa yang telah terjadi dinegara-negara lain. Bagaimana ibubapa yang merintih meminta campurtangan untuk membawa pulang anak mereka kembali. Jika semua itu banyak bawa kebaikan dan menyeronokkan, kena susah-susah perlu bawa balik mereka semua. Renungkanlah.

Renungkanlah semua. Jika keamanan itu sudah tiada. Undang-undang boleh diperlekehkan dan ikut pertimbangan sesuka hati. Adakah kita akan lebih kaya? Pelaburan akan datang lebih banyak? Kilang dan industri akan tumbuh macam cendawan lepas hujan? Adakah hidup kita lebih terjamin dengan tidak tertindas? Jika datang campurtangan kuasa asing, maka negara ini hanya tinggal berdaulat secara boneka. Hasil masyul akan jadi milik kuasa asing yang akan terus melaga-lagakan kita seperti apa yang pernah ku lihat. Kita tetap akan terus jadi hamba dek kerana kita menghambakan diri untuk ‘membersihkan’ apa yang ada. Dan jika pihak yang diberi kuasa rakyat  itu juga tidak ‘perform’, adakah kita patut ulangi cara yang sama juga? Berulang-ulang dan berterusan menjadi tradisi….

Aku tidak mempertikaikan hak bersuara sesiapa. Sebagaimana aku juga punya suara untuk meluah rasa. Aku hanya mahu mengajak semua sama-sama merenungkan ke arah kebaikan. Bukan hanya kebaikan diri kita, kebaikan anak-anak kita, saudara mara kita, ibu bapa kita, adik beradik kita juga semua yang banyak memudahkan segala urusan harian kita sekarang.

Kita masih punya banyak cara lain untuk merubah. Dengan lebih baik, lebih aman dan lebih bermaruah. Tiada sesiapa perlu rasa takut dan tersinggung. Seperti mengadakan satu perundingan nasional yang disidangkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan diberi liputan terbuka kepada rakyat umum untuk menilai. Pilihanraya masih terbaik sebagai medium meluahkan ketidakpuasan hati. Kena matang, tidak mudah dibeli, tiada kepentingan diri dalam membuat keputusan. Semua itu pada pertimbangan akal fikiran dan tangan kamu semua….

Ini hanya sedkit luahan rasa aku. Semua itu berdasarkan pengalaman dan pandangan aku sendiri. Dibumi bertuah ini, disini tanah tumpah darah kita. Kita tidak punya tanah lain, harta lain untuk melarikan diri. Mati dan hidup kita hanya disini….

No comments:

Post a Comment