CONTACTS

">

Followers

Tuesday, 31 January 2012

sehari di alam bunian..


Bunian amat sinonim dengan masyarakat Melayu...Sebelum jauh saya melangkah..baik saya jelaskan..bunian ialah bangsa JIN..mereka suka mengambil rupa bentuk manusia berbanding JIN2 yang lain..Oleh kerana mereka berbangsa JIN maka sudah pasti mereka tertakluk kepada hukum hakam agama...Mereka juga ada yang atheis...ada yang majusi..dan Islam serta lain2.


Kehidupan mereka memang hampir serupa dengan manusia..bahkan ada perkampungan mereka berada diperkampungan manusia...dan begitu juga sebaliknya...Bahkan ada setengah2 rumah manusia adalah laluan/highway keluar masuk mereka ke perkampungan..Sebab itu orang tua 2 dahulu akan memastikan membuat rumah tidak ditapak bunian atau di laluan mereka...Dah le dorang tu bergerak laju dari Monorail...Tapi memang ada juga kedengaran mereka yang mampu dari segi batin mengutip tol....Kayo beb...


Biasa juga berlaku manusia meminjam barangan seperti pingan mangkuk untuk urusan kenduri kendara..Sib baik dorang dah tak kasi loan dah zaman ni..kalau tak bangkrup le Towkey Catering...Bahkan setengah2 kes sihir melampau pun..mereka sama2 membantu...Cuma mereka ini berhati halus..mudah terluka...

Ada beberapa cara yang dilakukan untuk berhubung dengan mereka ini..Di zaman dahulu pasti ada tok moh nya sebagai perantara...atau orang2 tertentu yang mempunyai adik beradik dialam sana...

Namun untuk memasuki alam sana pula berbagai pula caranya ( cara tanpa paksaan )

a) Melalui jemputan - Kaedah ini lebih mudah - terus masuk melalui tempat2 tertentu
seperti yang di isyaratkan
b) Melalui amalan yang mereka berikan biasanya surah Fatihah dan al-Ikhlas 121x.
Namun perlu kepada keizinan mereka...Kita seakan terbuai dan berjalan2 dialam 
mereka...Ianya samada didalam mimpi ...antara sedar atau tidak ataupun secara
sedar
c) Melalui Scan - mengeluarkan diri dalam dan terus berjalan kealam mereka..
d) Melalui Scan - Just memantau dari kejauhan...

Pasti ada risikonya sama ada kepada alam bunian atau kepada manusia yang meneroka itu sendiri....


Kaedah a) biasanya ada tanda atau pakaian tertentu yang akan dihadiahkan kepada mereka yang selalu keluar masuk alam bunian...dan selalunya mereka yang mempunyai isteri atau suami bunian pasti ada pakaian khas...

No comments:

Post a Comment