CONTACTS

">

Followers

Tuesday, 24 January 2012

petua agar lelaki cepat-cepat meminang anda


Sentiasa Memelihara Penampilan - Lelaki biasanya akan tertarik kepada wanita yang sentiasa menjaga penampilannya. Tidak kiralah di rumah, di tempat kerja, bersama keluarga, dating atau di mana-mana sekali pun, wanita yang sentiasa menjaga kebersihan, pemakaian dan perwatakan dirinya akan mudah untuk didampingi oleh lelaki dan cepatlah dia akan meminang anda.

Lemah Lembut Orangnya - Hampir semua lelaki akan tertarik kepada wanita yang lemah dan lembut. Lemah lembut ini membawa pengertian bahawa seorang wanita yang sentiasa merendahkan suara ketika berkata-kata, tenang dalam tindakan, tunduk pandangannya semasa di mata masyarakat, dan bijak dalam mengawal emosi perasaan dalam apa juga keadaan.

Sentiasa Menjaga Maruah Diri - Wanita wajib memelihara maruah dirinya sendiri. Wanita yang sering menjadi kesukaan lelaki adalah wanita yang pandai menjaga dirinya sendiri. Dia tahu bila dan di mana dia perlu membawa dirinya. Dia juga arif bagaimana untuk mengawal hubungan dan komunikasi bersama lelaki-lelaki lain. Wanita yang sentiasa menitik-beratkan perkara ini sering kali akan menambat hati lelaki dengan lebih lagi.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri - Wanita perlu juga bijak menyesuaikan diri di mana juga dia berada. Di kampung, maka buatlah cara di kampung. Kalau di bandar pun begitu. Berhadapan dengan orang tua sudah tentu berbeza apabila bergaul dengan golongan muda. Sikap wanita yang mudah untuk bergaul dengan sesiapa pun golongan manusia, akan menjadi bonus buat diri anda sebagai seorang wanita.

Merendah Diri - Biarlah dipuji 10 kali, seorang wanita yang sentiasa merendahkan dirinya dalam hubungan percintaan amat disukai oleh lelaki. Lelaki amat benci wanita yang ego, yang mementingkan diri sendiri dan merendah-rendahkan pula pasangannya.

No comments:

Post a Comment