CONTACTS

">

Followers

Thursday 9 June 2011

Tiz Zaqyah asyik cium telefon!!!!!




bukan nak menyibuk atau nak menyampaikan cerita yang kurang enak tentang seseorang artis secara tak tentu pasal. Tapi, dah banyak kali dah kali informer Murai Batu menyampaikan cerita yang kurang sedap pasal heroin pujaan Malaysia, Tiz Zaqyah.
Jadi, nak tak nak, terpaksalah Murai Batu berkongsi kisah ini kepada semua. Anggap sajalah apa yang Murai Batu nak cerita ini sekadar satu teguran buat Tiz Zaqyah semakin meningkat naik namanya dalam industri lakonan kebelakangan ini.
Dengarnya, bukan sekali dua kali Tiz Zaqyah buat perangai yang sama.
Perangai apa? Perangai suka buat hal sendiri atau sentiasa tak boleh berenggang dengan telefon bimbitnya. Perangai tersebut juga sudah acapkali dilihat peminat. Malah, paling ketara bila ianya turut berlaku sewatu Tiz Zaqyah menjayakan promosi filem Nur Kasih The Movie yang menggandingkannya dengan kekasih hatinya, Remy Ishak.
Bayangkan sepanjang promosi dibuat, peminat sibuk nak bergambar dengan dia. Sebaliknya, dia sibuk sahaja nak main telefon bimbit. Peminat yang nak bergambar atau minta tanda tangan autograf pun naik mual tengok perangai Tiz yang menjengkelkan itu.
Malah kata informer Murai Batu yang sempat mengikuti beberapa siri promosi filem tersebut memberitahu, perangai tersebut paling ketara apabila Remy Ishak tak ada. penyakit tak boleh berenggang dengan telefon bimbit tersebut memang cukup-cukup kronik.
Bisik teman tersebut lagi, bukan dia dan yang lain-lain tak tahu dengan siapa Tiz Zaqyah selalu bersms, cuma mereka malas nak ambil pot. Rasanya, semua sedia maklumlah dengan siapa dia akan bersms atau bercakap dalam telefon.
Malah, dia dan yang lain-lain juga tak kisah kalau kedua-duanya mengaku bercinta tapi apabila ditanya pihak media, bermati-matian tak nak mengaku. Padahal, dah terang lagi bersuluh mereka sentiasa bersama.
Malah, pernah ada satu majlis yang dianjurkan oleh kelab peminat untuk Tiz, boleh pula aktres ini kelam kabut nak balik awal. Sedangkan majlis belum tamat lagi dan habis lambat.
Selidik punya selidik rupanya, buah hatinya dah ajak pergi membeli belah. Jangan ingat peminat awak bodoh Tiz, mereka semua tahu apa yang anda lakukan.
Nasihat Murai Batu satu sahaja, kalau boleh selepas ini dalam tempoh waktu berjumpa denganpeminat kurang-kurangkanlah bermain telafon bimbit ya. Sebab, tanpa peminat, siapalah Tiz Zaqyahkan...

1 comment: