CONTACTS

">

Followers

Thursday 9 June 2011

Fasha Sandha `Meroyan` Dalam FB?????





Walaupun banyak cerita kurang enak di dengar yang Murai Batu dapat berkenaan pelakon bertubuh seksi, Fasha Sandha, tapi dalam soal tuntutan kerja terutama sekali menepati waktu, dia adalah paling sempurna.

Tanyalah siapa saja. Tak kita pengarah, penerbit, jurusolek sehingga tukang bancuh kopi sekali pun, mereka akan bersetuju bahawa Fasha Sandha adalah seorang yang sangat berdisiplin tentang penggunaan masa.
Kerana kesempurnaan itu juga, Fasha Sandha nampaknya tidak boleh lagi bertolak ansur dengan seorang pelakon baru yang telah ditakdirkan menjadi heronya untuk penggambaran lakonan terbarunya.
Menerusi laman social Facebook (FB) Fasha Sandha hari ini, Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 itu nampaknya tak senang duduk bila hero berkenaan datang terlalu lewat sehingga menganggu perjalanan penggambaran.
Kasihan juga. Yalah bila ramai yang datang awal, tiba-tiba hanya kerana seorang watak utama tidak ada di set penggambaran, maka penggambaran terpaksa di tunda sehingga batang hidung pelakon lelaki berkenaan muncul.
Dalam laman FB berkenaan, Fasha nampaknya kesal apabila pelakon lelaki berkenaan langsung tidak sensitif dengan penggunaan masa, padahal 'call time' bagi semua pelakon adalah jam 8 pagi, bagaimanapun hero berkenaan hanya muncul di lokasi penggambaran sekitar jam 12 tengah hari.
Amboi adakah patut macam tu? Bukan saja Fasha Sandha, kalau perkara itu terjadi kepada Murai Batu sekalipun, pasti tak senang duduk jadinya. Pasti ada yang akan dilayangkan dengan pinggan plastik ni nanti.
Fasha yang hadir ke set rakaman sekitar jam 7.45 pagi ini, semakin tak puas hati apabila pelakon berkenaan tanpa rasa bersalah apatah lagi malu, tidak pandai meminta maaf kepada pelakon lain yang datang lebih awal daripadanya.
Murai Batu sempat juga terbaca, Fasha turut memberi contoh beberapa aktor senior yang pernah bergandingannya dalam drama lakonannya sebelum ini, juga pernah mengalami situasi datang lewat, bagaimanapun mereka pandai meminta maaf kepada semua pelakon dan krew terbabit.
Sebaliknya pula terjadi kepada pelakon lelaki ini. Langsung dibuat muka sepuluh sen, tanpa ada rasa bersalah dengan tindakannya itu.
Murai Batu faham akan perasaan Fasha sekarang ini. Sebagai pelakon profesional, kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan jika ianya berlaku sekalipun, Murai Batu pasti pihak yang bersalah itu ada sebab musababnya.
Bagi Murai Batu, adalah wajar, Fasha Sandha sebagai pelakon senior dan berpengalaman luas dapat memberikan nasihat berguna kepada pelakon lelaki baru berkenaan, supaya kejadian berkenaan tidak berulang lagi.
Yalah, kejayaan sesebuah drama mahupun filem bukan saja terletak kepada tahap lakonan serta populariti pelakon-pelakon yang ada, malahan juga kerjasama di dalam produksi.
Apa yang penting sekarang, Murai Batu harapkan agar kualiti lakonan Fasha Sandha tak terganggu hanya kerana perbuatan tak berdisiplin pelakon lelaki berkenaan. Itulah yang dinamakan anak seni sejati.
Kepada pelakon lelaki yang dimaksudkan itu, jadikanlah peristiwa ini sebagai iktibar atau teguran berguna demi meningkatkan kualiti diri anda. Itupun kalau anda mahu bertahan lebih lama di dalam industri.
Murai Batu: Ada ramai selebriti yang suka meroyan di dalam Facebook atau Twitter. Harap dibuatlah banyak-banyak bersabar ok.

No comments:

Post a Comment