CONTACTS

">

Followers

Saturday 17 December 2011

Pelajar Malaysia Tajaan PETRONAS Kahwin Kaum Sejenis (Gay) di Dublin [Gambar]

Gempar satu Malaysia apabila sebelum ini pelajar tajaan Petronas yang sebelum ini dikatakan hilang tiba-tiba muncul dengan gambar di majlis perkahwinan. Berkahwin itu tidak salah tetapi adalah sangat salah apabila berkahwin dengan kaum sejenis.

Ariff Alfian Rosli kini sah menjadi pasangan suami-suami apabila berkahwin dengan Jonathan di Dublin, Ireland.
Gambar perkahwinan Ariff Alfian Rosli mula tersebar malam tadi laman sosial twitter dan menjadi topik hangat di forum dan blog tempatan.

Gambar Perkahwinan Gay Ariff Alfian



Tiada tempat untuk pengiktirafan GAY di Malaysia. Lupakan niat anda jika ingin memperjuangkan untuk pengiktirafan perkahwinan sejenis di Malaysia.
IPOH: “Kalau ada yang mendakwa bilangan golongan homoseksual Melayu terlalu kecil, mereka mungkin tersilap perkiraan,” kata bekas pengamal homoseksual yang hanya mahu dikenali sebagai, Dani, 25.
Menurutnya, bilangan gay Melayu semakin membiak apatah lagi dengan adanya teknologi Internet dan jaringan sosial seperti facebook, twitter dan blog.
Saya yakin mereka (gay Melayu) mencapai puluhan ribu orang atau mungkin menghampiri 30,000 orang. Itu bukan pelik atau mengarut.
“Saya terbabit dengan gejala ini sejak berusia belasan tahun dan ramai yang menjadi ‘pengikut’ amalan songsang ini terutama di kalangan remaja lepasan sekolah,” katanya yang berjaya dipujuk mendedahkan kegiatan itu hasil bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Sumber : Hmetro , Gay Melayu Hampir 30,000, 16 Disember 2011

No comments:

Post a Comment