CONTACTS

">

Followers

Friday 30 December 2011

Kingdom Tower di Arab Saudi Bakal Bangunan Tertinggi Dunia


Ketika ini menara tertinggi adalah Burj Khalifa di Dubai dengan ketinggian 828 meter. Bangunan ini direka oleh Adrian Smith dan Gordon Gill.
Adrian Smith dan Gordon Gill sekali lagi diberi kepercayaan untuk membina sebuah menara tertinggi di dunia dengan ketinggian melebihi 1000 meter. Menara yang diberi nama Kingdom Tower ini bakal dibangunkan di Jeddah iaitu bandar kedua terbesar di Arab Saudi.
Anggaran kos untuk membina Kingdom Tower dianggarkan $1.2 billion dan anggaran masa untuk menyiapkannya adalah 63 bulan. Kingdom Tower ini adalah antara bangunan yang bakal menjadi mercu tanda kepada Arab Saudi dalam perancangan mereka untuk membina sebuah bandar “Kingdom City” di Jeddah.
Bajet keseluruhan untuk membina Kingdom City pula dianggarkan $20 bilion



 

No comments:

Post a Comment