CONTACTS

">

Followers

Wednesday 10 August 2011

Duit Syiling Baru Malaysia

Salam 1 Malaysia. Hari ini kami ingin menyebarkan berita mengenai duit syiling terbaru negara kita yang bakal dilancarkan pada tahun depan. Bank Negara akan mengeluarkan set duit syiling bagi menandakan batch atau siri ke-3 bagi duit syiling ini.


Dilancarkan pada 25 Julai 2011 oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, syiling yang bersejarah ini dikeluarkan untuk nilai-nilai sekarang iaitu 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Syiling ini telah diinspirasikan oleh kekayaan budaya dan warisan negara kita. Motif rekaan syiling ini berasaskan alam, flora dan fauna serta kraftangan yang terdapat di Malaysia.
Siri syiling terbaru ini adalah lebih kecil saiznya dan lebih ringan membuatkannya lebih mesra pengguna. Warna kuning dan perak serta reka bentuk pinggirnya membolehkan pengguna OKU (cacat penglihatan) untuk mengenalpasti nilai serta perbezaan antara syiling tersebut.
14 titik pada syiling tersebut melambangkan 13 negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan. 5 garisan mendatar pula melambangkan 5 prinsip Rukun Negara.
  • Motif Rekabentuk Setiap Syiling :
NilaiSimbol
50 senSulur Kacang
20 senBunga Melur
10 senOrang Asli
5 senDestar Siga
Syiling yang terbaru ini adalah sah untuk digunakan bersama syiling sekarang, dan bakal digantikan secara beransur-ansur. Bank negara sedang berurusan dengan semua institut kewangan, termasuk dengan slot-slot atau mesin layan diri yang menggunakan syiling, bagi membolehkan mesin tersebut menerima syiling terbaru ini. Bank negara telah menetapkan tempoh 6 bulan bagi urusan tersebut.
Anda boleh mendapatkan set syiling ini bermula 26 Julai 2011 di Ibu Pejabat Bank Negara serta cawangan-cawangan seperti di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


No comments:

Post a Comment