CONTACTS
">
Followers
Saturday, 30 July 2011
Senarai Penuh Waktu Berbuka Puasa dan Imsak (2011M/1432H)
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Klik pada pautan untuk melihat waktu berbuka puasa dan imsak di kawasan anda.
MELAKAJOHOR
ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR
PERAK
ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT
SARAWAK
ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
TERENGGANU
ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2- BESUT DAN SETIU
ZON 3- HULU TERENGGANU
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN
KELANTAN
ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
SELANGOR
ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
PAHANG
ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND
WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA
LABUAN
PERLIS
PERLIS
NEGERI SEMBILAN
ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU
KEDAH
ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI
PULAU PINANG
PULAU PINANG
Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Putus Tunang – Penjelasan Kemelut yang Melanda
Isu mengenai hubungan pertunangan mereka mengalami masalah mula tersebar beberapa hari (mungkin minggu) lepas sebelum perlawanan Malaysia vs Singapura. Nasib baik Apek masih mampu fokus pada perlawanan itu.
Apa yang terpendam akhirnya terburai dan Apek,22, telah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan beliau dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.
Berikut merupakan penjelasan Apek dipetik dari HMetro mengenai isu yang heboh disebarkan melalui internet dan keputusan memutuskan pertunangan.
“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA(METRO AHAD) kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.
Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.
Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.
Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.
Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?
Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.
Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.
Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.
Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.
Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.
Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.
Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.
Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”
Ketagihan Permainan Video Boleh Membawa Maut
Sebelum ini kami pernah menceritakan mengenai bahaya mengadap komputer pada kadar melebihi 5 jam sehari. Jadi situasinya tetap sama dengan ketagihan permainan video sebagai contoh XBOX.
Jika mengadap komputer selama 5 jam juga sudah memberi kesan yang agak bahaya pada jangka masa panjang, bagaimana pula jika anak/anda ketagihan dengan permainan video?
Seorang remaja berusia 20 tahun di Britain telah menemui ajal selepas beberapa tahun ketagihan dengan permainan video XBOX. Chris Staniforth meluangkan masa pada kadar purata 12 jam sehari dengan bermain XBOX.
Hasil bedah siasat mendapati, Staniforth, 20, mengalami trombosis pembuluh darah (DVT). Penyakit tersebut menyebabkan pembentukan darah beku dalam salur darah manusia akibat duduk terlalu lama.
Darah beku itu yang terbentuk pada kaki, boleh membawa maut apabila ia bergerak bersama aliran darah dan menyumbat paru-paru manusia.
Remaja ini tidak mempunyai sebarang rekod penyakit sebelum ini.

“Saya tidak pernah menjangka perkara seperti ini berlaku. Anak saya tidak dapat dipisahkan dengan Xbox. Saya tidak pernah membayangkan dia berada dalam bahaya kerana hobinya itu,” kata bapa pemuda berkenaan, David Staniforth. -Kosmo,31 Julai 2011-Adalah sangat bahaya jika kita ketagihan dengan permainan video atau komputer ditambah pula tidak aktif bersukan. Jadi untuk mengimbangi masalah ini perlulah selalu bersukan dan amalkan hidup yang sihat.
Hidangan Sotong Menari di Tokyo [Video+]
TOKYO – Klip video menunjukkan sotong menari di dalam pinggan semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun mencetuskan kemarahan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan di laman perkongsian video YouTube berang kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup.
Bagaimanapun, seorang pengusaha restoran memberitahu, aksi luar biasa itu berpunca daripada perbuatan menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati.
Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang belum mati yang menyebabkan sotong itu menggelupur atau kelihatan seperti sedang menari.-KOSMO,31 Julai-
Saturday, 23 July 2011
Proton Exora Turbo Bakal Dilancarkan Hujung Tahun Ini?
Sebelum ini kami telah memaparkan ujipandu Proton Exora di kawasan salji di mana pada pendapat kami adalah bertujuan untuk menaikkan taraf kenderaan tersebut.
Namun begitu, ketika ujuan dilakukan ketika di musim salji tersebut, didapati bahawa Proton telah menggunakan enjin berkuasa turbo serta dengan kotak gear CVT. Rupa-rupanya model ini bakal dipasarkan di United Kingdom!
Berdasarkan halaman Autocar UK, keputusan Proton Exora yang diuji pandu oleh mereka adalah tidak memberansangkan untuk dibandingkan dengan tahap piawaian negara tersebut. Dengan kemunculan Proton Exora yang berkuasa turbo dan kotak gear CVT, ini bakal menarik minat pembeli bukan sahaja di UK, malah di juga Malaysia.
Namun begitu, sumber mengatakan bahawa Proton Exora adalah sebuah kenderaan MPV yang simple, tidak terlalu agresif (dari segi kuasa enjin), dan sebuah MPV yang selesa dengan menawarkan keluasan yang besar untuk 7 orang. Autocar UK telah menguji Exora yang berspesifikasi Malaysia (Domestic Model)
Dalam artikel mereka juga mengatakan bahawa Proton Exora dengan enjin diesel juga bakal dikeluarkan pada tahun 2014. Betapa menariknya pernyataan tersebut kerana kita juga mungkin bakal dapat merasai Proton Exora yang dimuatkan dengan enjin diesel, dimana kos penjimatan serta kuasa dari teknologi turbo diesel mungkin dapat diaplikasikan disini. Bersama kita nantikan kemunculan Proton Exora yang terbaru!
Sebelum ini kami telah memaparkan ujipandu Proton Exora di kawasan salji di mana pada pendapat kami adalah bertujuan untuk menaikkan taraf kenderaan tersebut.
Namun begitu, ketika ujuan dilakukan ketika di musim salji tersebut, didapati bahawa Proton telah menggunakan enjin berkuasa turbo serta dengan kotak gear CVT. Rupa-rupanya model ini bakal dipasarkan di United Kingdom!
Berdasarkan halaman Autocar UK, keputusan Proton Exora yang diuji pandu oleh mereka adalah tidak memberansangkan untuk dibandingkan dengan tahap piawaian negara tersebut. Dengan kemunculan Proton Exora yang berkuasa turbo dan kotak gear CVT, ini bakal menarik minat pembeli bukan sahaja di UK, malah di juga Malaysia.
Namun begitu, sumber mengatakan bahawa Proton Exora adalah sebuah kenderaan MPV yang simple, tidak terlalu agresif (dari segi kuasa enjin), dan sebuah MPV yang selesa dengan menawarkan keluasan yang besar untuk 7 orang. Autocar UK telah menguji Exora yang berspesifikasi Malaysia (Domestic Model)
Ini membuatkan model Exora menjadi model ke-5 untuk dipasarkan di UK, yang mana bakal dilancarkan pada suku pertama 2012 dengan enjin berkuasa turbo serta kotak gear CVT. Oleh itu, kita boleh membuat andaian disini bahawa model Exora yang berkuasa turbo ini mungkin bakal dilancarkan di Malaysia lebih awal dari itu yang mana mungkin pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.Dalam artikel mereka juga mengatakan bahawa Proton Exora dengan enjin diesel juga bakal dikeluarkan pada tahun 2014. Betapa menariknya pernyataan tersebut kerana kita juga mungkin bakal dapat merasai Proton Exora yang dimuatkan dengan enjin diesel, dimana kos penjimatan serta kuasa dari teknologi turbo diesel mungkin dapat diaplikasikan disini. Bersama kita nantikan kemunculan Proton Exora yang terbaru!
Sosej Babi (chorizo) Ada Logo Halal JAKIM?
Sekarang ini isu halal dan haram memang menjadi tumpuan dan ianya satu perkara yang kita perlu titik beratkan tambah tambah lagi kepada orang Islam.
Begitulah yang terjadi di sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aira, 30-an telah melaporkan kepada Harian Metro, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya.
Aira berkata,

“Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”
Dan menurut carian di Wikipedia, ‘chorizo’ merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.
Subscribe to:
Posts (Atom)