CONTACTS

">

Followers

Tuesday, 3 January 2012

Foto Bahagia Aaron Aziz & Isteri Ketika Bercuti Di Paris



Buat pemula cerita untuk tahun 2012, OHBULAN! telah dikirim dengan sekeping gambar bahagia hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz bersama isterinya, Diyana Halik.
Berlatarbelakangkan Menara Eiffel, Paris, kedua-dua pasangan bahagia yang sama cantik dan sama padan dilihat berkucupan dan sama sekali menyangkal mana-mana gosip liar yang melanda Aaron Aziz sebelum ini.
Jika dilihat dari sudut lain, OHBULAN! sendiri agak kagum dengan prestasi cemerlang Aaron Aziz yang jarang dilanda gosip liar. Namanya yang naik seiring dengan keuntungan pelbagai filem yang dilakonkan benar-benar menunjukkan bahawa bakat yang dimilikinya yang membawa nama Aaron Aziz di mata peminat.
Kepada Aaronators diluar sana, teruskan menyokong Aaron Aziz tidak kira dimana anda berada.

Monday, 2 January 2012

Ricardo Kaka Memeluk Islam ? Tiada Sumber Sahih


Bermula semalam berita mengenai Ricardo Kaka pemain Real Madrid memeluk agama Islam tersebar di facebook dan seterusnya ke laman-laman blog tempatan. Namun, selepas penelitian saya kepada laman-laman luar negara tidak ada sumber yang sahih mengatakan Kaka telah memeluk islam.
Sebenarnya apa yang berlaku ketika gambar tersebut diambil adalah sempena lawatan 10 hari Kaka ke Dubai.


Berdasarkan laporan dari alarabiya ini, Kaka dan isterinya hanya mendengar syarahan mengenai Islam dan Arab ketika lawatannya ke Dubai.
Pemain bola sepak antarabangsa Recardo Kaka bercadang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai orang Arab dan umat Islam selepas lawatan 10 hari ke Dubai, Jabatan Pelancongan dan Perdagangan Pemasaran (DTCM) melaporkan


Friday, 30 December 2011

Kingdom Tower di Arab Saudi Bakal Bangunan Tertinggi Dunia


Ketika ini menara tertinggi adalah Burj Khalifa di Dubai dengan ketinggian 828 meter. Bangunan ini direka oleh Adrian Smith dan Gordon Gill.
Adrian Smith dan Gordon Gill sekali lagi diberi kepercayaan untuk membina sebuah menara tertinggi di dunia dengan ketinggian melebihi 1000 meter. Menara yang diberi nama Kingdom Tower ini bakal dibangunkan di Jeddah iaitu bandar kedua terbesar di Arab Saudi.
Anggaran kos untuk membina Kingdom Tower dianggarkan $1.2 billion dan anggaran masa untuk menyiapkannya adalah 63 bulan. Kingdom Tower ini adalah antara bangunan yang bakal menjadi mercu tanda kepada Arab Saudi dalam perancangan mereka untuk membina sebuah bandar “Kingdom City” di Jeddah.
Bajet keseluruhan untuk membina Kingdom City pula dianggarkan $20 bilion



 

Saturday, 24 December 2011

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2012


Jadual pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2012 telah dikeluarkan oleh pihak Akauntan Negara Malaysia.
Anda boleh baca surat pekeliling dari Akauntan Negara Malaysia di pautan ini.
Jadi anda sudah boleh buat rancangan kewangan keluarga masing-masing untuk melancong,membeli belah dan apa-apa yang patut.
Kebanyakkan tarikh gaji akan dikeluarkan sebelum datangnya hari-hari penting seperti hari-hari perayaan agama/kaum masing-masing.



Disini saya senaraikan semula dalam bentuk jadual seperti dibawah.
BULAN
TARIKH
HARI
CATATAN
JANUARI
16.01.2012
ISNIN
Tahun Baru Cina 23,24
FEBRUARI
23.02.2012
KHAMIS

MAC
22.03.2012
KHAMIS

APRIL
25.04.2012
RABU

MEI
23.05.2012
RABU
Pesta Menuai 30,31
JUN
25.06.2012
ISNIN
Hari Gawai 1,2
JULAI
25.07.2012
RABU

OGOS
13.08.2012
ISNIN
Hari Raya Puasa 19,20
SEPTEMBER
25.09.2012
SELASA

OKTOBER
22.10.2012
ISNIN
Hari Raya Haji 26
NOVEMBER
06.11.2012
SELASA
Deepavali 13
DISEMBER
18.12.2012
SELASA
Hari Krismas 25


Thursday, 22 December 2011

Duit Kertas Baru 2012 – Not Rm20 Kembali...memang comel


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan reka bentuk wang kertas baru termasuk not RM20 baru yang akan mula diedarkan tahun depan.
Wang kertas RM20 kembali diperkenalkan dalam siri matawang baru Malaysia.
Wang berwarna kuning keemasan itu memaparkan dua spesis penyu yang hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan belimbing.
Semua wang kertas baru akan diedarkan pertengahan tahun depan.







Wednesday, 21 December 2011

Saya Akan Kekal Muslim Sehingga Meninggal Dunia – Ariff Alfian Rosli


Ramai yang terkejut dengan penyebaran gambar perkahwinan sejenis Ariff Alfian Rosli baru-baru ini. Dan ramai yang tertanya-tanya status agama yang dianuti oleh Ariff selepas perkahwinan tersebut. Dan rasanya ramai yag boleh menarik nafas lega apabila Ariff yang dihubungi oleh IrishTimes menyatakan yang agamanya tetap Islam daripada dulu sehinggalah dia meninggal dunia kelak.

Kata Ariff:-
Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya
Ariff juga menjelaskan yang dia tidak menghubungi ayahnya kerana berlaku sedikit salah faham dan dia tidaklah hilang selama ini.
Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain. Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,
Namun agak misteri kerana Ariff tidak mahu langsung memberikan maklum balas tentang kesahihan gambar perkahwinan sejenisnya yang tersebar luas. Adakah benar-benar perkahwinan tersebut telah berlaku atau ia sekadar satu gimik oleh Ariff untuk menarik perhatian orang ramai? Kalau benar-benar berlaku, Ariff perlu sedar yang agama Islam tidak membenarkan perkahwinan sejenis. Sama-sama kita doakan agar Ariff sedar akan perkara ini.

Tuesday, 20 December 2011

5 Ayat Jiwang Korea Yang Mampu Mencairkan Hati Para Chikaro


Jangan cuba tipu saya dengan menyatakan yang anda tak pernah tengok drama Korea. Saya tahu yang anda adalah salah seorang daripada berjuta-juta manusia yang membeli 10 kotak tisu Giant untuk buat stok masa layan drama Winter Sonata. Saya faham jiwa anda memang sentimental. Asal keluar part sedih je air mata akan meleleh. Asal heroin kena marah dengan hero je mata anda akan bengkak menangis.
Dan sebenarnya drama-drama, lagu-lagu dan filem-filem cinta Korea memang romantik. Ayat-ayat cinta mereka sememangnya mampu membuatkan hati anda berbunga seperti Taman Astakona. Silap-silap haribulan kalau anda menggunakan ayat jiwang Korea kepada awek anda semasa bercanda dalam telefon, esok pagi terus dia masuk meminang anda. Memang power ayat jiwang Korea nie.
Jadi disebabkan saya pernah belajar di Korea, izinkan saya berkongsi 5 ayat jiwang Korea yang mampu membuatkan hati para Chikaro cair seperti iceberg di Kutub Utara. Siap ada dengan situasi dia sekali:-
Situasi 1
Tangan anda memegang si chikaro dengan rapat. Pandang matanya dalam-dalam. Bawa tangannya ke dada anda yang berbulu sambil meluahkan ayat ini. Pastikan ayat ini dilafazkan dalam satu nafas untuk keberkesanan 100%:-
Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak.
Situasi 2
Usapkan tangan anda ke wajah si chikaro. Belai rambutnya, pegang telinga si chikaro, jentik manja hidungnya dan buat tanda senyap di mulutnya sambil meluahkan ayat di bawah dengan penuh jiwa:-
Saya tidak percaya cinta tanpa sebab. Saya boleh berikan 100 sebab kenapa saya cintakan awak. Bau awak, warna kulit awak, rambut awak, senyum awak..

Situasi 3
Semasa si chikaro ingin clash dengan anda dan sudah bersiap sedia untuk pergi meninggalkan anda selamanya. Pegang erat jari lembut si dia, tarik dia ke dada anda, dongakkan mukannya, pandang matanya dalam-dalam dan ungkapkan ayat ini. Pasti dia tak akan jadi nak clash dengan anda.
Jangan pergi dari saya. Sampai akhir masa saya akan cuba memenangi hati awak, sehingga akhir hayat saya. Ketika itu jika kamu ingin pergi dari saya, pergilah.
Situasi 4
Jika anda seorang lelaki yang ego dan mahu mengconfess cinta kepada si dia, boleh gunakan ayat di bawah ini. Untuk kesan yang lebih umpphh, bawak sekuntum bunga ros merah supaya dia terus dengan rela menjadi awek anda.
Saya telah menipu. Menipu mengatakan saya benci awak ada di sisi saya


Situasi 5
Si chikaro yang anda idam-idamkan selama ini telah menjadi awek kepada seorang jantan lain. Disebabkan jantan tue tak hensem seperti anda, anda bertekad untuk mengorat dia. Gunakan ayat di bawah. Untuk efek yang lebih mendalam, pastikan anda mengopek bawang untuk mengeluarkan titisan air mata jantan anda semasa meluahkan ayat ini.
Saya tahu dalam hati awak tidak ada saya, tetapi kenapa hati saya terlalu sakit?
Saya tidak terlibat dan tidak akan bertanggungjawap sekiranya anda atau si chikaro anda muntah tidak henti-henti selama 7 hari selepas anda mengapplikasikan salah satu ayat cinta Korea di atas. Hahaha.