CONTACTS

">

Followers

Sunday 14 August 2011

4 Perkara Jangan Buat Semasa Tidur!



Tidur merupakan fitrah kehidupan seorang manusia. Tidak kira siang atau malam, tidur selalunya dikatakan perkara paling nikmat untuk dilakukan untuk merehat diri dan menyegarkan diri selepas keletihan dan penat bekerja. Kadang kadang ada antara kita, yang terlampau penat sehingga terus masuk tidur tanpa menghiraukan keadaan lain.
Berikut merupakan 5 perkara yang tidak elok untuk dilakukan semasa tidur dan harus dielakkan:
1. Jangan memakai jam tangan ketika tidur.

Mungkin ada di antara kita yang sering terlupa untuk membuka jam tangan di pakai sebelum tidur. Sebenarnya jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia memberikan kesan yang negatif terhadap kesihatan kita.
2. Jangan tidur dengan handphone di sisi anda.

Para saintis percaya bahawa, jika kita meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur, ia akan mengeluarkan sejenis gelombang yang boleh membahayakan kesihatan anda. Walaupun ada yang berbuat demikian kerana untuk dijadikan sebagai alat penggera. Kalau boleh elakkan.
3. Jangan tidur dengan muka yang masih bermekap.





Jika anda tidur dengan muka yang bermekap, ia sebenarnya mendatangkan kesan kepada kualiti tidur anda kerana, muka kita rasa tidak selesa dengan adanya mekap yang belum lagi tertanggal. Selain daripada itu, ia juga menghalang kulit muka anda untuk bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya ketika tidur. Oleh itu, tanggalkan mekap anda sebelum masuk tidur.
4. Jangan tidur dengan memakai coli.

Anda mungkin tidak akan bangun lagi keesokan harinya.
Mendapatkan tidur yang berualiti adalah sesuatu yang penting dalam mengembalikan kesegaran tubuh badan seseorang. Jadi elakkanlah perkara perkara yang boleh mengganggu kualiti tidur anda.












Khasiat Kurma yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda




Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan
Al-Mukminah ayat 19


Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Friday 12 August 2011

Piala Malaysia 2011 – Kumpulan dan Jadual Perlawanan


KUMPULAN A:

  1. Kedah
  2. Perak
  3. Sabah
  4. Johor

KUMPULAN B:

  1. Terengganu
  2. Negeri Sembilan
  3. PKNS
  4. Sime Darby

KUMPULAN C:

  1. Kelantan
  2. Johor FC
  3. Felda United
  4. Sarawak

KUMPULAN D:

  1. Selangor
  2. T-Team
  3. Kuala Lumpur
  4. PDRM
Perlawanan pertama akan bermula pada 6hb Sept 2011. Jom ke stadium menyokong pasukan masing-masing.

Jadual Perlawanan Peringkat Kumpulan:

Pusingan Pertama: 6, 10 dan 13 September
Pusingan Kedua: 17, 24 dan 27 September

Jadual Suku Akhir

4 dan 8 Oktober 2011

Jadual Separuh Akhir

14 dan 22 Oktober 2011


Jadual Perlawanan Akhir

29 Oktober 2011

Wednesday 10 August 2011

BONUS Kakitangan Kerajaan 2011 – Setengah Bulan Gaji, Minimum RM 500




KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini(Ogos 2011).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.
Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. – Bernama

Duit Syiling Baru Malaysia

Salam 1 Malaysia. Hari ini kami ingin menyebarkan berita mengenai duit syiling terbaru negara kita yang bakal dilancarkan pada tahun depan. Bank Negara akan mengeluarkan set duit syiling bagi menandakan batch atau siri ke-3 bagi duit syiling ini.


Dilancarkan pada 25 Julai 2011 oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, syiling yang bersejarah ini dikeluarkan untuk nilai-nilai sekarang iaitu 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Syiling ini telah diinspirasikan oleh kekayaan budaya dan warisan negara kita. Motif rekaan syiling ini berasaskan alam, flora dan fauna serta kraftangan yang terdapat di Malaysia.
Siri syiling terbaru ini adalah lebih kecil saiznya dan lebih ringan membuatkannya lebih mesra pengguna. Warna kuning dan perak serta reka bentuk pinggirnya membolehkan pengguna OKU (cacat penglihatan) untuk mengenalpasti nilai serta perbezaan antara syiling tersebut.
14 titik pada syiling tersebut melambangkan 13 negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan. 5 garisan mendatar pula melambangkan 5 prinsip Rukun Negara.
  • Motif Rekabentuk Setiap Syiling :
NilaiSimbol
50 senSulur Kacang
20 senBunga Melur
10 senOrang Asli
5 senDestar Siga
Syiling yang terbaru ini adalah sah untuk digunakan bersama syiling sekarang, dan bakal digantikan secara beransur-ansur. Bank negara sedang berurusan dengan semua institut kewangan, termasuk dengan slot-slot atau mesin layan diri yang menggunakan syiling, bagi membolehkan mesin tersebut menerima syiling terbaru ini. Bank negara telah menetapkan tempoh 6 bulan bagi urusan tersebut.
Anda boleh mendapatkan set syiling ini bermula 26 Julai 2011 di Ibu Pejabat Bank Negara serta cawangan-cawangan seperti di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.